Posted in Uncategorized

GENCATAN POLITIK

21 Oktober 2020

Ramai sedia maklum politik tanah air nampak semakin kucar kacir dalam beberapa minggu ini. Dengan gerakan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang memberitahu dirinya mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan yang baru.

Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamid juga telah membuat kenyataan yang mana beliau tidak boleh menghalang mana mana ahli parlimen dari Barisan Nasional khususnya dari UMNO untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Kemudian dikejutkan dengan keputusan biro politik UMNO yang bermesyuarat minggu lalu yang mana UMNO sedang mempertimbangkan untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional.

Keadaan semakin tegang apabila satu surat sokongan palsu telah ditularkan kononnya Anwar Ibrahim mendapat sokongan dari UMNO.

Muafakat Nasional pula akan didaftarkan sebagai gabungan politik yang sah. Hal ini lebih menampakkan seperti kerajaan Perikatan Nasional sudah semakin rapuh.

Namun atas kepentingan rakyat Malaysia, Presiden UMNO mengumumkan gencatan politik. Perkara ini juga disambut baik oleh Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Setiausaha Agung PKR.

Posted in Uncategorized

ISU FELDA – RELEVANKAH FORENSIK KERTAS PUTIH MENGGUNAKAN PERKATAAN “KEMUNGKINAN” “JIKA ADA” (EPISOD 3.5)

Apa yang dimaksudkan kertas putih ialah kerajaan mengemukakan laporan sesuatu secara khusus sebelum dilakukan penguatkuasaan undang-undang.

Apabila menerbitkan kertas putih ia cuba menilai reaksi pendapat awam dalam sesuatu isu, seterusnya membolehkan kerajaan mengukur impak dan kemungkinan kesannya terhadap institusi dan masyarakat yang peka terhadap sesuatu isu tersebut.

Dalam konteks Kertas Putih Felda, ia berupa dokumen terperinci yang dikemukakan bagi meneliti sesuatu isu yang diluluskan oleh kabinet dan kemudian dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum disebarkan kepada masyarakat awam.

Tujuannya ialah untuk memberikan kesedaran mengenai isu yang melanda negara dan mendapat perhatian rakyat dan juga di dewan rakyat bagi menggalakkan perbincangan yang sihat, penyebaran pengetahuan dan maklumat yang tepat serta memberikan perspektif yang menyeluruh.

Dalam audit forensik dikemukakan dalam Kertas Putih Felda, didapati konflik kepentingan wujud dalam melakarkan maklumat.  Perkara ini dapat dikesan apabila  ada diantara siasatan atau forensic yang dibentangkan  menggunakan perkataaan “kemungkinan“ “Jika ada” sekali gus menunjukkan bahyawa terdapatnya ketirisan fakta dan memaparkan maklumat yang bersifat rambang.

“Kemungkinan” adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang samar dan kurang pasti kejadiannya. “Jika ada” pula boleh merujuk kepada sesuatu yang tidak pasti sebagai contohnya, “kita mahu lakukan siasatan tolong ambil dokumen berkaitan”Jika ada”. Seakan tuduhan dibuat tetapi tanpa bukti dokumentasi yang tidak pasti wujudnya.

Jadi apakah relevan satu laporan forensic dibentangkan  jika terdapatnya penggunaan perkataan tersebut yang bersifat seperti “agak-agak” sahaja?. Ianya amat jelas menunjukkan kebolehpercayaan terhadap ketulenan fakta yang boleh disangkal.

Laporan Kertas Putih juga telah mengenal pasti bahawa ketidakcekapan pembuat atau pengubal kertas putih ini dalam proses pengumpulan maklumat yang tepat untuk dijadikan sebagai bukti siasatan.

Terlalu banyak maklumat yang tidak dimasukkan serta tarikh serta tahun perkara yang berlaku.