Posted in Uncategorized

PUSAT KHIDMAT ADUN SUNGAI PANJANG SEDIA TAJAAN RM 1JUTA KEPADA ANAK WARGA SUNGAI PANJANG

YB. Dato’ Mohd Imran Tamrin mengumumkan inisiatif tajaan bernilai RM1juta kepada anak-anak warga DUN Sungai Panjang dari kumpulan B40 dan ke bawah ketika membuat penyerahan Sumbangan Back To School 2021 di Pusat Khidmatnya di Sungai Besar.


Menurutnya program tajaan biasiswa ini adalah dilaksanakan dengan usahasama pihak Universiti Meritus bagi pelajar-pelajar yang layak dan berminat dalam industri perkapalan untuk mengikuti program asasi di universiti tersebut.


“Bagi menyokong dan memastikan kelestarian serta menggalakkan pelajar menerokai peluang dalam industri perkapalan, kami telah memberikan komitmen bersama pihak Meritus University dalam menjayakan inisiatif ini”.


Seramai 100 orang penerima sumbangan Back to School 2021 menerima sumbangan secara pandu lalu. Program sumbangan tersebut dijayakan dengan kerjasama pihak Gerakan Wawasan Malaysia (GWM) dan Yayasan Bank Rakyat.

Turut hadir dalam program tersebut YBhg. Dato’ Sharifah Halimah Syed Ahmad, Naib Canselor Universiti Meritus, Tuan Omar Hamsa, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

Posted in Uncategorized

TOMMY THOMAS KHIANAT, DEDAH RAHSIA NEGARA

Beberapa hari ni nama Mantan Peguam Negara, Tommy Thomas kembali menjadi sebutan apabila buku yang ditulisnya menjadi pertikaian. Banyak kandungan didalam buku ini bercanggah dengan fakta sebenar.

Beberapa pemimpin telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas termasuk Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Ahmad Maslan (Tok Mat Maslan) yang membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari ini.

Posted in Uncategorized

ANAK ADALAH PERMATA YANG TIADA NILAI

PERMATA – Setiap Kanak-Kanak Berharga

Beberapa minggu lalu saya telah menulis mempersoalkan, apakah Program PERMATA NEGARA sememangnya tiada nilainya lagi pada hari ini memandangkan kerajaan sekarang bukan lagi diterajui Barisan Nasional. Melihat kepada respon netizen, nampaknya Program PERMATA NEGARA ini sangat dirindui dan dihargai oleh rakyat jelata seumpama rakyat ini adalah jauhari yang masih mengenali manikamnya.

Di antara respon netizen yang terkesan memberi komen :

‘PERMATA TETAP PERMATA dan berharap agar akan bersinar kembali PERMATA. Walau dicampak ke laut oleh yang tidak tahu menilai seperti yang kita selalu dengar dan perkatakan, PERMATA tetap akan menjadi pulau untuk disinggahi.’

Ada juga yang turut berkongsi pencapaian anak-anak mereka, di antaranya dari respon netizen bernama Muhd Hamzazi yang bersyukur apabila dari anaknya menampakkan peningkatan dalam pembelajaran dari Zero to Hero kerana telah bersekolah di bawah Program PERMATA NEGARA dari tahun 2018 hingga 2019.

Netizen yang bernama Fazli Rosli Jalani turut berterima kasih kepada DS Najib dan DS Rosmah apabila anaknya telah berjaya menghabiskan pengajian dari lepasan Asasi Sains Pintar 2018/2019 dengan mengakui bahawa program ini mempunyai fasiliti yang terbaik.

Manakala seorang ibu pula berkongsi kejayaan anaknya lepasan PERMATA (KAMPUS USiM Nilai) 2017/2018, telah memperoleh 6A dalam UPSR 2018.

Itu hanyalah sebahagian ibu-bapa yang berkongsi kejayaan Program PERMATA NEGARA secara umum. Tidak dapat dinafikan kebanyakan anak-anak PERMATA NEGARA ini adalah dari kawasan luar bandar yang telah berpeluang menikmati modul pendidikan bertaraf antarabangsa. Bukanlah seperti yang didakwa sesetengah pihak dimana hanya anak-anak bandar yang berasal dari keluarga berpendapatan tinggi saja diberi keutamaan dalam Program PERMATA NEGARA.

Mengimbas kembali ketika Program PERMATA NEGARA mula-mula diilhamkan seawal 2005, Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak (National Child Development Research Centre – NCRDC) UPSI, Tanjung Malim turut ditubuhkan pada 20 September 2006. Idea ini dicetuskan oleh Kumpulan Penasihat PERMATA yang diketuai DS Rosmah apabila menyedari tidak ada satu pusat khusus yang wujud dalam memfokuskan isu-isu pembangunan awal kanak-kanak di negara ini dan DS Rosmah telah mencadangkan agar pusat tersebut perlu ditubuhkan dengan sokongan dari pihak Institusi Pengajian Tinggi.

Peranan utama NCDRC adalah menyediakan Program latihan untuk pendidik dan pengasuh PERMATA serta membantu melaksanakan projek perintis di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Diinspirasikan dari Program Sure Start & Early Years dari PenGreen Centre, Colby England yang fokus dalam menyediakan pendidikan dan penjagaan kepada kanak-kanak dari 0 – 4 tahun. PenGreen merupakan pusat kecemerlangan terkemuka di Britain untuk Pendidikan awal kanak-kanak dan merupakan pusat rujukan negara lain.

Modul Program PERMATA NEGARA yang pertama adalah Early Childhood, Education and Care (ECEC) yang berprinsipkan ‘Setiap Kanak-Kanak adalah Berharga’. Falsafah kurikulum PERMATA NEGARA menekankan fasa asuhan dan didikan awal kanak-kanak dalam bertujuan mengembangkan potensi setiap anak PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara pendidik, ibu bapa serta komuniti.

NCRDC juga telah mendapat sokongan dari pelbagai agensi di negara serta juga badan-badan dunia seperti WHO, UNICEF, NCB, NAEYC dan OMEP yang terlibat dalam pembangunan kanak-kanak. Pengisian program meliputi pengetahuan masalah keibubapaan, kesihatan, kesejahteraan dan pendidikan awal kanak-kanak serta menyentuh cabaran yang dihadapi setiap anak-anak Malaysia.

Memandangkan Program PERMATA NEGARA telah diletakkan di Jabatan Perdana Menteri, maka ada pihak yang tidak berpuas hati. Ini adalah kerana mereka tidak mengetahui bahawa Program ECEC merangkumi pendidikan awal kanak-kanak di bawah empat tahun dan secara tidak langsung bukan berada di dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Sukatan pelajaran pendidikan pra-sekolah kebangsaan hanya disediakan untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sahaja.

PERMATA NEGARA ternyata telah memberikan akses pendidikan yang bertaraf antarabangsa kepada kanak-kanak bawah 4 tahun yang berada di kawasan luar bandar dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berbeza situasinya berbanding anak-anak bandar yang mudah mendapat akses pendidikan sebegini melalui tadika-tadika swasta.

Setelah Pakatan Harapan mengambil kepimpinan negara dari Barisan Nasional, PERMATA NEGARA telah digantikan dengan nama Genius Negara. Yang pasti, Kerajaan PH hanya mampu mencedok kesemua idea PERMATA NEGARA. Objektif serta falsafah asal PERMATA NEGARA telah jauh disimpangkan serta disempitkan apabila ditumpukan hanya kepada pelajar-pelajar intelek sahaja manakala kanak-kanak yang berbakat ditinggalkan. Akhirnya, apakah yang akan berlaku kepada anak-anak Malaysia hari ini?

Kini kita dibawah Kerajaan Perikatan Nasional, adakah anak-anak Malaysia kini masih berharga untuk negara?..

C/P – FB Zachary Zidane

Posted in Uncategorized

SALURAN TV PENDIDIKAN WAJAR ATAU TIDAK ?

Covid 19 telah membawa satu perubahan dalam sistem pendidikan pada hari ini. Banyak sekolah tidak dapat dibuka bagi mengelakkan penularan wabak ini namun pendidikan anak anak perlu diteruskan.

Jadual persekolahan tahun 2021 yang dijadualkan pada 20 Januari 2021 telah pun ditunda akibat perlaksanaan PKP2.0 . Pihak kementerian telah perkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPDR). Sistem yang bagus namun sudah pasti sistem ini pasti tidak boleh diakses oleh seluruh pelajar di Malaysia.

Jika kita lihat di media sosial pada hari ini ramai ibubapa meluahkan masalah yang mereka hadapi iaitu tiada gajet/laptop dan masalah internet. Walaupun kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai bagi pembelian gajet ini namun ianya hanya berpihak kepada golongan B40 keatas. Kerajaan juga mengumumkan data internet percuma namun masalah internet akan timbul di kawasan pendalaman seperti kes pelajar UMS ,Veveonah Mosibin.

Beberapa pemimpin di Malaysia telah pun menyampaikan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu wujudkan ‘channel’ khas untuk TV Pendidikan. Antara yang mengusulkan cadangan ini ialah Presiden UMNO , Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan oleh Presiden UMNO

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajid juga menyuarakan hal yang sama

Cadangan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil yang semua sedia maklum bagaimana beliau amat menyayangi kanak-kanak juga telah memberikan pandangan dan cadangan melalui live di FB beliau ( https://m.facebook.com/OfficialAznil/videos/186591333199620/ )

Pihak kementerian perlu lihat serius perkara ini dan perlu membuat satu keputusan yang drastik demi masa depan anak-anak hari ini. Gunakan lah bajet yang telah diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin.

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penerima peruntukan terbesar dalam belanjawan 2021

Masih belum terlambat untuk laksanakan dan banyak syarikat produksi yang mampu membekalkan program berkonsepkan pendidikan ini.

Jangan lah kerajaan menambah beban lagi pada ibubapa pada sekarang ini. Jika yang berkemampuan boleh lah membeli gajet untuk anak anak mereka tapi jika yang tidak berkemampuan sudah pasti mereka menangis bersendirian.

Jangan pula kerajaan seronok apabila melihat ada pihak yang tampil membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Segeralah membuat keputusan.

Posted in Uncategorized

PERMATA YANG TIADA NILAI LAGI?

Sekali air bah sekali pantai berubah dan begitulah terjadinya kepada negara kita apabila lain ketuanya, lain pula kemahuannya. Selepas PRU14, kerajaan telah bertukar dari pemerintahan Barisan Nasional ke Pakatan Harapan. Kita juga telah menyaksikan beberapa perubahan ketara oleh kerajaan PH dan apa pun alasan yang diberikan, keutamaannya bermotifkan politik dendam.

Salah satu target utama PH adalah program Permata Negara yang sentiasa disensasikan mereka untuk dijadikan bahan hasutan politik. Lebih-lebih lagi penaung Permata Negara adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Enggan melihat kejayaan program Permata ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia dan enggan melihat kepentingannya untuk pendidikan anak-anak negara seawal bayi dan kanak-kanak dari pinggir bandar dan luar bandar serta berlatarbelakang pendapatan keluarga yang rendah, program Permata Negara ini dilihat hanya kerana ia satu legasi musuh politik PH.

Malangnya, kerajaan PH tidak mampu mencari walaupun satu kepincangan pun program Permata Negara ini, maka ia terpaksa diteruskan. Masakan program yang telah diwujudkan dengan kajian dan perancangan rapi bersama-sama barisan pakar kanak-kanak, pendidik, akademik serta pegawai-pegawai kerajaan dikatakan PH sebagai kepentingan peribadi penaungnya. Malahan projek perintis yang dinamakan sebagai “Pusat Anak Permata Negara” telah pun dimulakan seawal 2005 di lima daerah iaitu di Chini, Putrajaya, Subang Jaya, Mempaga and Kepala Batas.

Jelas program Permata Negara telah digerakkan lebih awal dan bukanlah seperti yang didakwa pihak PH yang program ini wujud hanya ketika DS Najib adalah Perdana Menteri.

Rupa-rupanya di bawah kerajaan PH, Program Permata Negara ini telah menjadi rebutan di antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Dr wan Azizah. Setelah didesak oleh pihak-pihak profesional dan akademik, pada awalnya Dr Maszlee hanya mampu menukar kepada nama baharu, Genius, tanpa ada sebarang penambahbaikan. Selepas sebulan Dr Wan Azizah pula memperakui untuk meneruskannya dan mendapati ia lebih relevan di bawah kementeriannya.

Betapa bercelaru kepimpinan tinggi PH ini malahan menjadi sindiran rakyat mempersoal samada mereka tidak tahu wujudkan kumpulan WhatsApp untuk berbincang terlebih dahulu sesama sendiri sebelum membuat pengumuman. Nampaknya program untuk masadepan anak-anak negara ini sekadar menjadi rebutan politik pula dan hakikatnya PH tidak mampu menafikan kebaikan program Permata Negara di mana penggerak utamanya adalah Datin Seri Rosmah Mansor, mesti diteruskan.
Yang mampu dipertikaikan kerajaan PH hanyalah ditumpukan kepada persoalan mengapa program Permata Negara ini diletakkan di bawah PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan mengapa mendapat pertambahan dana kerajaan.

Permata Negara yang ingin dilahirkan bukan hanya sebuah program pendidikan awal kanak-kanak sahaja tetapi merangkumi PERMATA Kurnia (anak-anak autisme), PERMATA Pintar (anak-anak kecerdasan luar biasa), PERMATA Insan (anak-anak pintar agama dan sains), PERMATA Seni (anak-anak bakat seni tinggi), Hospital Kanak-Kanak PERMATA dan Perkasa Remaja (program pemerkasaan remaja berisiko tinggi). Apakah tanpa penglibatan kerajaan, maka program Permata yang telah dirancang sebegitu rapi akan dapat diperluas dan direalisasikan?

Kini kerajaan sekali lagi bertukar, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui dari serpihan pemimpin PH. Kerajaan PN yang sentiasa melaungkan slogan prihatin rakyat nampaknya tidak langsung memberi peruntukan bajet untuk program Permata Negara.

Apakah program Permata Negara ini tidak mampu memberi manfaat kepada pembangunan negara dan generasi pintar yang ingin diwujudkan bakal dipinggirkan sehingga tiada nilainya lagi, hanya kerana dendam politik masih diteruskan? Mengapa program Permata Negara perlu diberi perhatian serius kerajaan PN akan diperincikan di dalam artikel seterusnya untuk rakyat terutama ibubapa lebih memahami betapa ruginya jika program ini dipandang remeh oleh kerajaan PN.

Ketepikan dendam politik malahan kerajaan PN perlu menepati slogannya, apakah benar-benar prihatin rakyat?

Posted in Uncategorized

PEJA DIPECAT

Belum reda isu KWSP sudah timbul isu baru. Hari ini di Perak menjadi kecoh apabila satu usul undi percaya terhadap Menteri Besae Perak, Dato Sri Faizal Azumu telah dibuat di dalam sidang DUN Negeri Perak.

Dengan hanya 10 undi setuju, 48 tidak setuju dan 1 undi rosak, Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja kehilangan sokongan dalam Dewan Undangan Negeri Perak atau dalam erti kata lain dia di PECAT.

Para pemain media upahan PPBM mula menyerang UMNO didalam hal ini. Mereka mengatakan UMNO telah berkerjasama dengan Pakatan Harapan (DAP + PKR + AMANAH) untuk menggulingkan pimpinan Peja.

Dato Sri Najib Razak menerusi laman FB beliau telah mendedahkan mengapa UMNO menolak PEJA sebagai Menteri Besar.

Dato Sri Najib Razak mendedahkan penjualan ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri kepada syarikat Singapura antara sebab Umno menarik balik sokongan terhadap Ahmad Faizal Azumu ataupun Peja.
Beliau berkata, bekas ADUN Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib sebelum ini pernah memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menjual ladang sawit seluas 15,000 hektar itu.

” Tahun lepas, Mohd Khusairi pernah berkata nilai ladang tersebut RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum ke-14. Selepas pilihan raya umum ke-14, pengerusi syarikat milik kerajaan negeri pula bertukar menjadi menteri besar Perak dari PH. Namun, selepas kerajaan PH Perak tumbang dan menteri besar Perak PH menjadi menteri besar Perak dari Perikatan Nasional (PN) “

” Penjualan itu tetap diteruskan bawah kerajaan PN Perak, walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata, harga jualan diumumkan pada April lalu, selepas kerajaan PN Perak ambil alih adalah RM342 juta, sedangkan nilai keseluruhan ladang itu RM1.03 bilion mengikut apa yang dimaklumkan pengerusi terdahulu “

Peja berkata, beliau sebenarnya sudah menjangka usul percaya yang dibawa ADUN Pengkalan Baharu, Abdul Manaf Hasim tidak akan memihak kepadanya, tetapi terkejut ia dibentangkan sebelum Belanjawan Perak 2021.

Beliau turut memaklumkan tidak akan meminta Sultan Perak membubarkan DUN susulan kekalahannya dalam undian terhadap kepimpinan beliau pagi tadi.

Posted in Uncategorized

SEDIA MEMBANTU ANDA

” Sedia membantu anda ” adalah slogan yang digunakan oleh KWSP. Adakah pihak KWSP mengamalkan slogan yang digunakan oleh mereka ini.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Razak telah kemukakan satu cadangan kepada kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang mengalami masalah kewangan akibat pandemik Covid-19. Cadangan ini disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia yang rata rata mengalami masalah kewangan.

Hal ini telah dibincangkam di Parlimen dan pada awalnya Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul telah mengumumkan pihak KWSP memperkenalkan skim i-Sinar berdasarkan cadangan yang dibuat oleh Dato Sri Najib Razak.

” i-Sinar diperkenalkan bagi memberi kemudahan kepada individu yang ingin membuat permohonan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan.

Pencarum yang layak akan dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 setelah mereka menghabiskan jumlah maksimum daripada Akaun 2 menerusi i-Lestari.

Itu adalah antara syarat yang ditetapkan kerajaan menerusi program i-Sinar kepada pencarum untuk pengeluarkan Akaun 1″

Walau bagaimanapun cadangan dari KWSP mendapat tentangan hebat dari para pencarum dan turut mendapat perhatian dari Pengerusi Barisan Nasional, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Asyraf Wajdi turut menyuarakan hal ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah itu diperluaskan dari hanya dua juta pencarum kepada lapan juta pencarum.

Beliau memaklumkan perkara itu diputuskan pagi tadi selepas mengadakan dengan perbincangan dengan KWSP.

Sebelum ini, program i-Sinar diperkenalkan bagi meringankan beban aliran tunai serta memenuhi keperluan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata program itu adalah kesinambungan kepada program i-Lestari (pengeluaran simpanan Akaun 2) yang dilancarkan KWSP pada Mac lalu.

Pada 2 Disember 2020, pihak KWSP telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan i-Sinar. Walau bagaimanapun rakyat marah dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak KWSP.

Jika lihat di media sosial, rakyat sudah mula mengeluarkan perkataan yamg tidak baik di laman FB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Zafrul.

Tiba tiba terimbas kembali kisah seorang pencarum yang menghidap kanser hadir ke pejabat kwsp dengan menaiki ambulan dan hal ini menjadi tular di media sosial. Hal ini berlaku disebabkan pihak KWSP bertegas dengan SOPnya.

KWSP sepatutnya memudahkan urusan pencarum dan bukan membebankan pencarum. Mungkin KWSP sudah lupa duit yang mereka uruskan adalah milik pencarum.

Posted in Uncategorized

RAKYAT VS KUASA… YANG MANA SATU LEBIH PENTING

Covid-19 telah mencetuskan satu norma baru di seluruh dunia dan telah mengakibatkan banyak masalah timbul di seluruh negara.

Antara masalah utama yang timbul adalah masalah kewangan. Tidak perlu lihat negara lain, kita lihat di negara kita sendiri. Bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi rakyat.

Banyak sektor yang terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilancarkan. Antara sektor yang terjejas sektor penerbangan, perlancongan, perhotelan, hiburan dan banyak lagi ini berikutan segala aktiviti dihentikan bermula 18 Mac 2020 dan berlarutan sehingga 12 Mei 2020 sebelum PKPB & PKPP diperkenalkan.

Rentetan dari Perintah Kawalan Pergerakan segala aktiviti dihentikan dan banyak syarikat telah mengurangkan gaji dan ada juga syarikat yang mengurangkan pekerja bagi menampung perbelanjaan syarikat.

Pada 4 Jun 2020, Menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). mereka yang kehilangan pekerjaan telah meningkat 42% pada suku pertama tahun ini (Q1 2020).

Dalam laporan bertajuk ‘Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)’, SIP memaklumkan pandemik itu telah menjejaskan banyak perniagaan sehingga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37 peratus atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42 peratus).

“Trend ini hanya dijangka meningkat dari April 2020, dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50 peratus kepada 200 peratus tahun ke tahun bagi setiap suku berikutnya pada 2020,

Laporan itu menyebut, daripada 7.5 juta kakitangan aktif berdaftar dengan PERKESO pada 2019, 1.458 juta bekerja dalam sektor berkaitan pelancongan manakala 1.457 juta bekerja dalam bidang pembuatan.

“Tidak menghairankan jika lebih daripada separuh perniagaan ditutup membabitkan majikan besar dengan lebih 200 pekerja dalam sektor pelancongan manakala sektor pembuatan memberhentikan paling ramai pekerja iaitu 23 peratus daripada jumlah keseluruhan untuk mengurangkan kos overhed selepas terpaksa menutup kilang-kilang mereka,” menurut laporan itu.

” Bagaimanapun, majikan yang tidak memberhentikan pekerja mereka sedang melakukan langkah-langkah penjimatan kos dengan satu daripada kaedah popular ialah mengurangkan gaji terutama pekerja yang telah bekerja lebih daripada lima tahun kerana gaji mereka biasanya 45 peratus lebih tinggi daripada pekerja baharu.”

Walaupun pada ketika itu pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas Prihatin, Motoratium dan beberapa lagi skim telah diwujudkan namun masalah yang dihadapi oleh rakyat semakin meruncing hingga ada yang membuat keputusan dengan membunuh diri.

Baru baru ini, Dato Sri Najib Razak telah berikan cadangan kepada kerajaan Malaysia. Cadangan tersebut ialah pengeluaran on-off RM10, 000 dari akaun satu KWSP dan lanjutan morotarium secara bersasar. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pada awalnya, pihak KWSP tidak mempersetujui cadangan ini namun atas desakan rakyat Malaysia cadangan ini diperhalusi. Pada 16 Nov 2020, pihak KWSP mengumumkan satu skim pengeluaran wang dari akaun satu iaitu i-Sinar.

Walaupun telah dibenarkan pengeluaran dilakukan tetapi syarat yang dikenakan kepada para pencarum amatlah ketat.

Pemuda UMNO menerusi Ketua Pemudanya,Datuk Dr Asyraf Wajdi memohon agar syarat yang dikenakan oleh pihak KWSP.

Sehingga hari ini masih belum ada khabar gembira dari pihak KWSP mengenai kelonggaran syarat bagi i-Sinar ini. Sepatutnya kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet perlu tegas dalam hal ini jika mereka benar benar ingin membantu rakyat tapi apa yang boleh dilihat pada hari ini mereka lebih mementingkan kedudukan mereka dalam kerajaan. Mereka lebih sibuk mengatur hal politik dari hal kebajikan rakyat.

Jika keadaan begini masih berlarutan maka percaya lah pada PRU15 nanti kerajaan hari ini pasti akan diajar oleh rakyat.

Kepada mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat, berkhidmatlah untuk rakyat. Jalankan lah kerja ada yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Posted in Uncategorized

TAN-TI-ANA

Sebelum memulakan bicara, aku nak ucapkan tahniah buat NHF Productions kerana ini adalah filem pertama yang dihasilkan dan diterbitkan bersama Dream At Work. Filem yang berkonsepkan seram komedi.
Diarahkan oleh Rosdi Md Dali Fdam.

Setelah hampir 5 tahun aku tinggalkan bidang sebalik tabir ni semalam aku diajak untuk preview filem ini sebelum dihantar kepada FINAS.

Filem ni bagi aku sesuai untuk ditonton seluruh lapisan masyarakat sebab plot cerita ni tak terlalu berat. Penulis skrip adalah Syareel Izam Ali juga merupakan penulis skrip “Osman Baku” iaitu drama rantaian yang mendapat rating yang tinggi di RTM.

Filem ni dibintangi oleh Atikah Suhaimi, Joey Daud, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Kaza, Mon Ryanti Full, Baby Shima, dan turut memeriahkan lagi filem ini ialah arwah Abam Bocey, Kamarul Haji Yusof, Albaniah & Amy Search.

Yang menarik dalam filem ini adalah skripnya yang mana banyak teguran disampaikan contohnya “Kita semua percaya pada Tuhan tapi kita tidak takut pada Tuhan, Kita srmua tidak percaya kewujudan hantu tapi kita takut pada hantu”

Aku rasa setakat ini je gambaran yang boleh aku bagi sebab nanti jadi tak best lah kalau aku cerita semua. So kena tunggu lah kemunculan Filem Tan-Ti-Ana ni.

Tahniah buat seluruh tenaga produksi yang telah menjayakan filem ini.

Moga Filem Melayu terus maju lagi…

Posted in Uncategorized

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN KELU SERIBU BAHASA

Azmin Kena Sumpahan Pompeii Isu Kertas Putih Felda?

Kertas Putih Felda
Dato Sri Azmin Ali

Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali terus mendiamkan diri dalam isu pembentangan Kertas Putih Felda yang disediakan Kementerian tersebut pada 10 April 2019. Semasa memegang jawatan menjaga Felda, beliau begitu bersungguh mahu Felda distruktur semula hingga mengarahkan Kertas Putih Felda dibentangkan di Parlimen. Dalam laporan ISBN: 978-967-5842-14-6 didapati banyak kekhilafan laporan terutama dalam Laporan Forensik yang disediakan sebuah syarikat audit terkemuka negara.

Laporan Forensik Kertas Putih Felda

Sebagai rujukan terdapat laporan dalam Laporan Forensik tidak benar-benar telus dan tidak mengambil rekod yang sebenar seperti yang dilaporkan. Penggunaan perkataan yang agak meragukan kredibiliti syarikat audit juga timbul seolah syarikat berkenaan tidak dapat memastikan samada benar atau tidak cadangan mereka dalam laporan tersebut.

Adakah wujud kepentingan kepada pihak tertentu dalam laporan yang disediakan dan dibentangkan ini? Azmin perlu tampil dalam Parlimen bagi menjawap semua kontroversi yang mengaitkan  beliau dan jawatannya. Siapa sebenarnya yang berkepentingan dalam hal ini apabila Peneroka Felda hanya ‘Menganga’ dihadapan television atau telefon bimbit menonton pembentangan tersebut.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad sendiri telah mengecam Azmin yang mempercayai laporan yang disediakan syarikat audit yang dilantik beliau bagi menyediakan Laporan Forensik Felda. Dalam tulisan beliau, Shahrir turut menggelar Azmin sebagai “Gila Korporat”.

Artikel berkaitan – https://malaysiadateline.com/isu-faedah-hutang-peneroka-shahrir-anggap-azmin-gila-korporat/

Azmin yang turut dilanda kontroversi berkaitan penjualan SilTerra hanya berdiam diri menyebabkan semakin banyak persepsi timbul tindakannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai langkah ‘menyelamatkan tengkuk’ dan kariernya dalam politik. Kini Azmin yang dilantik sebagai Menteri Kanan kelihatan sangat selesa dengan kedudukan yang diberikan Presiden PPBM kepadanya. 

Artikel berkaitan – https://my-tv.online/2020/11/13/silterra-khazanah-nasional/

Memang pelik apabila seorang bekas Menteri Besar yang telah mengakibatkan Kerajaan Selangor terpaksa membayar sejumlah RM233,848,976.89 kepada sebuah syarikat pembinaan pada 2017 diberikan kepercayaan menjaga Hal Ehwal Ekonomi (Pakatan Harapan) dan kini sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Apa nasib Peneroka Felda dengan Laporan Kertas Putih Felda dan kontroversi penjualan aset negara seperti SilTerra?