Posted in Uncategorized

SAMPAI BILA RAKYAT SELANGOR PERLU BERLAPANG DADA ?

19 Oktober 2020

Beberapa hari ni kecoh kembali isu air di Selangor. Bermula dengan masalah paip pecah kemudian dikatakan sungai tercemar dan menyebabkan Loji Rawatan Air bermasalah.

Kerajaan negeri sedia maklum berkenaan paip air yang wajib diganti kerana sudah berpuluh tahun digunakan tetapi kenapa tidak diambil tindakan awal. Bab masalah paip ni mungkin rakyat akan faham jika dimaklumkan awal mengenai pembaikpulihan yang hendak dibuat.

Bab pencemaran sungai ini bukan sekali terjadi tetapi berulang kali pada tahun ini. Pada bulan lepas juga telah berlaku dan ianya berpunca dari kilang. Adakah pihak berwajib tidak memantau kilang-kilang yang beroperasi di tepi sungai. Mengapa perlu tunggu ada pencemaran baru hendak memeriksa. Ini semua dah terlambat.

Pada tahun 2018 Mantan Perdana Menteri,Dato Sri Najib Razak pernah kemukakan masalah air di Selangor ini di dewan rakyat dan menurut beliau masalah air ini lebih besar daripada masalah 1MDB dan pada ketika itu ramai yang membantah.

Dato Sri Jamal Yunos bertuala di SUK Selangor pada 2016

Tidak lupa juga gimik yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato Sri Jamal Yunos yang bertuala di hadapan SUK pada tahun 2016 dan yang terbaru pada September 2020.

Menurut Dato Sri Jamal Yunos masalah air di Selangor ini tidak akan selesai selagi Projek Langat 2 tidak disiapkan.

Nampaknya Kerajaan Negeri Selangor perlu selesaikan masalah air ini dengan segera dan bukannya terus menunggu. Berbincanglah dengan Kerajaan Pusat. Buanglah ketepi dahulu perbezaan politik dan utamakan masalah rakyat

Posted in Uncategorized

Buang pemimpin UMNO yang sokong pembangkang – Ku Li

Mana-mana ahli UMNO yang mendahulukan kepentingan parti politik lain, boleh dikenakan tindakan displin, termasuk dibuang parti, tegas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, tindakan itu juga boleh dikenakan terhadap pimpinan tertinggi parti, sekiranya benar ada di kalangan mereka yang mengambil pendekatan sedemikian.

“Bagi saya, sebagaimana yang disuarakan oleh ramai ahli-ahli UMNO di peringkat bawah, sikap yang ditunjuk oleh pimpinan UMNO itu seolah-olah dia tidak hormati perjuangan UMNO.



“Nak mendahulukan pimpinan parti lain. Mengapa begitu? Jadi kalau inilah sikap mereka sebenar, mereka patut diambil tindakan, sampai boleh dibuang daripada parti kalau tidak memperjuangkan kepentingan parti,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Tengku Razaleigh berkata, adalah tidak wajar untuk mendahulukan kepentingan pihak lawan, khususnya Pakatan Harapan, sedangkan UMNO selama ini tegas tidak bersetuju dengan dasar mereka.

Beliau berkata, pada masa kini, terpulang kepada ahli parti yang mempunyai kesedaran untuk menegur pimpinan UMNO, terutamanya dalam kembali kepada landasan perjuangan sebenar.



“Apakah pimpinan daripada parti pembangkang, mesti didahulukan, dan disokong oleh kita? (Sedangkan kita tak bersetuju dengan dasar-dasar dia.

“Ini terpulang kepada mereka mempunyai sikap yang kuat memperjuangkan perjuangan parti itu sendiri. Kalau mereka fikir kita tidak mempunyai haluan, sebagaimana kehendak dan tuntutan parti dan orang Melayu seluruhnya, maka terpulang kepada ahli-ahli yang sedar, untuk bertindak,” katanya lagi.

Dan tindakan itu, ulas beliau lagi, boleh diambil kepada siapa-siapa pun, termasuk pimpinan utama UMNO – Awani

Posted in Uncategorized

SIAPA SALAH FAKTA DALAM KERTAS PUTIH FELDA? – EPISOD 2.5

Dalam laporan KERTAS PUTIH FELDA bertarikh 10 April 2019 Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Lampiran 1 – Bab 3 (Kajian Forensik bagi Lapan Pembelian atau Pelaburan Aset) terdapat kemusykilan yang boleh dipertikaikan.

Satu projek hartanah dinamakan “Projek Semarak” mencuri perhatian dalam Ringkasan Laporan Bertarikh 4 April 2019.



Klausa 1.5.6 dinyatakan Lembaga Pengarah Felda hanya meratifikasi pelantikan Syarikat F pada 2 September 2014, iaitu tujuh (7) bulan selepas Syarikat F dilantik FIC. Semasa Lembaga Pengarah Felda meratifikasikan POA (Power of Attorney) pada 2 September 2014, kandungan terma POA dimana Syarikat F telah diberi hak penuh bagi pihak Felda tidak dimaklumkan. FIC dan Felda juga telah menandatangani DA dan POA tanpa penilaian risiko dan ‘due diligence’.

Bagaimana pula dengan POA dan wakil Felda yang dibuat pada 3 Jun 2014 di sebuah firma guaman?

Adakah KERTAS PUTIH FELDA bermotifkan politik atas arahan pihak tertentu kerajaan pada tarikh dikeluarkan? Ada terdapat desas desus seorang pemimpin politik sebenarnya berminat mengambil alih projek berkenaan dengan menggunakan individu tertentu yang diletakkan dalam pengurusan Felda itu sendiri.

Sumber : my-tv.online