Posted in Politik

SI KITUL SUDAH MULA KALUT

Surat yang dihantar oleh Presiden UMNO, Datuk Sri Zahid Hamidi kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun menjadi perbualan yang hangat di dalam media massa dan media sosial.

Jika dilihat jawapan yang diberikan oleh Zahid kepada Muhyiddin mengenai kerjasama antara UMNO dan PPBM bagi PRU15 adalah seperti yang kita dengar sebelum ini iaitu majoriti ahli UMNO tidak mahu bersama PPBM.

Namun begitu kumpulan Si Kitul yang diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak bersetuju malah mereka mengatakan Zahid dan Najib sebenarnya sedang membuat jajaran baru dengan menyokong dan berkerjasama dengan DAP & PKR untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru.

Walaupun kumpulan ini mencipta pelbagai persepsi mengenai jajaran baru yang diperkatakan itu termasuklah kononnya satu surat sokongan (SD) yang ditandatangai oleh Zahid dan Najib telah dihantar kepada Yang Di-Pertuan Agong namun usaha mereka ni nampak sia sia.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menurut beliau lebih daripada 100 bahagian UMNO telah memutuskan tiada kerjasama dengan PPBM bagi PRU15.

Annuar Musa yang semakin dilihat begitu sayang dengan PPBM pula memberitahu biarlah UMNO tempatan yang menentukan kerjasama dengan PPBM. Jika lebih daripada 100 bahagian UMNO didalam negara ini telah menolak PPBM nak tentukan apa lagi ?

Annuar Musa mungkin sudah lupa yang dia dan kumpulannya pernah pertikai apa itu AKAR UMBI. Tapi yang menariknya wajah sebenar Annuar Musa sudah makin terserlah.

Kumpulan dia pasti akan berkerja keras lagi selepas ini. Jika kita lihat di media sosial, mereka mula memainkan yang kononnya UMNO telah lupa diri, UMNO menolak Penyatuan UMMAH malah UMNO hendak bersama DAP & PKR.

Tapi yang mengejutkan PPBM yang rancak memancing dan membeli wakil-wakil rakyat dari DAP, PKR dan juga UMNO. Tetapi yang dituduhnya UMNO. Perkara ini diceritakan sendiri oleh MP Sekijang , YB Hajah Natrah Ismail.

Suara siapakah ini ?

Sampai bilakah Annuar Musa akan kekal di dalam UMNO ? Jangan dibiarkan SI KITUL ini lagi. Tindakan perlu diambil…

Posted in Isu Semasa

UBAHSUAI EKZOS VS PEMANDU MABUK

Pelik bin ajaib apabila isu ubahsuai ekzos menjadi satu topik perbualan yang paling hangat terutama dikalangan mereka yang mempunyai hobi dalam bidang permotoran.

Semua sedia maklum ubahsuai ekzos adalah satu kesalahan mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun begitu, ramai yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan amaran sebegini atas sebab beberapa perkara. Pertama, undang-undang yang digunapakai amat lapuk. Kaedah 103 direka pada tahun 1959, manakala Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan pula wujud pada tahun 1987. 

Sejujurnya, terdapat banyak motosikal dan kereta dari kilang yang dilengkapi dengan sistem ekzos yang bising, terutamanya model berprestasi tinggi. Masalahnya, ini adalah bunyi standard dari kilang, jadi bagaimana angka desibel sebegini masih lagi relevan untuk masa kini?

Jika benar pihak berkuasa ingin semua rakyat untuk mematuhi peraturan sebegini, maka ianya perlu dikaji semula. Malah, hentikan penjualan ekzos ‘aftermarket’ atau ‘custom’ yang tidak mematuhi undang-undang tetapi sebaliknya berlaku dimana para penjual tidak dikenakan tindakan.

Adakah anda pernah dengar atau lihat kemalangan berlaku berpunca dari ekzos yang diubah suai ? Jika ada berapakah statistiknya ?

Seringkali kita dengar kemalangan jalan raya yang berpunca dari pemandu mabuk. Jika nak dibandingkan ekzos bising dengan pemandu mabuk yang mana satu patut kerajaan fokus untuk menangani.

Akhir kata, apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah ia teramat penting ketika wabak pandemik Covid-19? Dah lah ramai yang terkesan dek PKP.

Posted in Uncategorized

PUSAT KHIDMAT ADUN SUNGAI PANJANG SEDIA TAJAAN RM 1JUTA KEPADA ANAK WARGA SUNGAI PANJANG

YB. Dato’ Mohd Imran Tamrin mengumumkan inisiatif tajaan bernilai RM1juta kepada anak-anak warga DUN Sungai Panjang dari kumpulan B40 dan ke bawah ketika membuat penyerahan Sumbangan Back To School 2021 di Pusat Khidmatnya di Sungai Besar.


Menurutnya program tajaan biasiswa ini adalah dilaksanakan dengan usahasama pihak Universiti Meritus bagi pelajar-pelajar yang layak dan berminat dalam industri perkapalan untuk mengikuti program asasi di universiti tersebut.


“Bagi menyokong dan memastikan kelestarian serta menggalakkan pelajar menerokai peluang dalam industri perkapalan, kami telah memberikan komitmen bersama pihak Meritus University dalam menjayakan inisiatif ini”.


Seramai 100 orang penerima sumbangan Back to School 2021 menerima sumbangan secara pandu lalu. Program sumbangan tersebut dijayakan dengan kerjasama pihak Gerakan Wawasan Malaysia (GWM) dan Yayasan Bank Rakyat.

Turut hadir dalam program tersebut YBhg. Dato’ Sharifah Halimah Syed Ahmad, Naib Canselor Universiti Meritus, Tuan Omar Hamsa, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam.

Posted in Politik

SETIAUSAHA AKHBAR WILAYAH PERSEKUTUAN DAKWA ADA AGAMA BARU

Semua sedia maklum Setiausaha Akhbar Wilayah Persekutuan merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya , Tun Faisal sering berperang dengan mereka yang tidak sependapat dengannya.

Baru baru ini dia dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO (LDU) kerana ada laporan mengenai perbuatannya yang dilihat sering menyerang Presiden UMNO.

Terbaru melalui laman FBnya, dia mula menyerang mantan Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Penasihat Barisan Nasional , Dato Sri Najib Razak. Dia mendakwa Najib Razak sedang mengusahakan jajaran politik baru untuk UMNO iaitu berkerjasama dengan DAP & PKR. Hal ini timbul apabila Najib Razak memberitahu UMNO sedia berkerjasama dengan musuh tetapi dengan satu syarat iaitu Pemimpin & Ahli UMNO boleh menerima dan mereka perlu ikhlas & ada kepercayaan dalam kerjasama. Tetapi dia cuba memutar belitkan apa yang disampaikan oleh Najib Razak dalam wawancara di Astro Awani.

Ramai tidak bersetuju dengan apa yang dia tafsirkan dan seperti biasa dia membalas setiap komen terhadapnya. Terdapat satu komen yang menarik perhatian dimana dia melabelkan mereka yang tidak sependapat dengannya adalah penganut ‘Agama Najib’.

Jangan kerana ingin kuasanya sekarang kekal dia sanggup menjadi syirik.

Posted in Politik

PENGKHIANAT TETAP PENGKHIANAT

Kebanyakkan pemimpin UMNO suka menjaga mereka yang sering khianat UMNO . Contoh paling mudah yang dapat dilihat sekarang ialah Anina Saadudin . Minah ni sebelum PRU14 apa yang dia tak lakukan terhadap UMNO terutama terhadap Dato Sri Najib Razak ?

Pelbagai fitnah yang dia dah lakukan. Dia menghasut rakyat dengan pelbagai cara semata mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan menaikkan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dia gelar dirinya seorang pejuang. Adakah layak dirinya digelar pejuang ?
Selepas misinya berjaya dia mengharapkan sesuatu ganjaran tapi sebaliknya telah berlaku yang mana Dia terbabit dengan satu skandal sex.

Dia tidak boleh menerima kenyataan lantas dia lancarkan perang terhadap Tun M & kroni. Dia membuat pusingan u-turn dan memohon maaf kepada DSN yang kononnya dia tersilap kerana mempercayai Tun M.

Ketika itu ada segelintir pemimpin & ahli UMNO mula menerimanya dan dia diangkat menjadi wirawati kerana kelantangannya melawan Pakatan Harapan.

Semakin hari semakin hambar namanya dan dia seolah olah tidak wujud lagi didalam arena politik. Hari ini dia sudah mula hendak menaikkan namanya semula dengan menyerang pemimpin UMNO kononnya pemimpin UMNO menjadi perisai kepada Tan Sri Muhyiddin.

Semua sedia maklum kerajaan PN hari ini adalah kerjasama antara sesama ahli parlimen sahaja dan tidak melibatkan parti malah UMNO telah menegaskan tiada sebarang kerjasama dengan PPBM pada PRU15.

Jika UMNO sudah membuat keputusan kenapa dia masih lagi nak gesa Menteri dari UMNO terutamanya Dato Sri Ismail Sabri letak jawatan.

Jika kita lihat dalam kerajaan hari ini, Menteri yang benar benar berfungsi adalah mereka yang daripada UMNO.

Bagi aku dia ni tidak layak digelar pejuang tetapi dia lebih layak digelar  PENGKHIANAT.

PENA MERAH

Posted in Politik

UMNO JANGAN PILIH BULU….

Lebih kurang setahun yang lalu Dato Lokman Adam yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah dipecat malah menurut Setiausaha Agung UMNO ketika itu Tan Sri Annuar Musa memberi tahu Lokman Adam bukan sekadar dipecat dari jawatan yang dimenanginya pada pemilihan yang lalu tapi dia juga dibuang keahliannya dari UMNO.

Semua sedia maklum tindakan yang dikenakan terhadap Lokman Adam adalah disebabkan kelantangan beliau dalam mengkritik Presiden UMNO , Datuk Sri Zahid Hamidi termasuk penyebaran satu rakaman audio mesyuarat.

Baru-baru ini Lembaga Disiplin UMNO telah memanggil Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya yang juga merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Tun Faisal Ismail Aziz berikutan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Hal ini timbul apabila sejak kebelakangan ini Tun Faisal yang dilihat lantang mempertahankan PPBM dan kerap mengkritik Presiden UMNO malah dia sering kali memperlekehkan keputusan yang dibuat oleh ahli UMNO yang tidak mahu UMNO berkerjasama bersama PPBM pada PRU15 nanti.

Sentimen kononnya UMNO ingin menyokong PH telah ditimbulkan malah dia bersama Tan Sri Annuar Musa memberitahu kepada media yang mereka ada bukti surat sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Presiden UMNO , Datuk Sri Zahid Hamidi dan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar berkaitan pertukaran jawatan Setiausaha Agung UMNO.

Hari ini Tun Faisal melalui laman FBnya sendiri menyatakan akan menulis surat jawapan kepada Lembaga Disiplin UMNO dan akan mendedahkan SD yang sering disebut sebelum ini.

Lembaga Disiplin UMNO perlu membuat satu keputusan yang tidak berat sebelah. Jika Lokman Adam dipecat dan dibuang dari UMNO kerana mendedahkan rakaman audio, tindakan yang sama juga perlu dibuat terhadap Tun Faisal. Ini kerana SD yang dikatakan tersebut tidak pernah wujud dan ini disahkan sendiri oleh pihak Istana Negara sebelum ini.

Bagaimana SD ini boleh ada pada dia dan tidak di pihak Istana ? Apakah yang dia cuba lakukan ? Ini adalah satu kesalahan besar kerana dia cuba wujudkan sentimen kebencian terhadap Presiden UMNO dan Mantan Perdana Menteri.

Posted in Uncategorized

TOMMY THOMAS KHIANAT, DEDAH RAHSIA NEGARA

Beberapa hari ni nama Mantan Peguam Negara, Tommy Thomas kembali menjadi sebutan apabila buku yang ditulisnya menjadi pertikaian. Banyak kandungan didalam buku ini bercanggah dengan fakta sebenar.

Beberapa pemimpin telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas termasuk Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Ahmad Maslan (Tok Mat Maslan) yang membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari ini.

Posted in Uncategorized

ANAK ADALAH PERMATA YANG TIADA NILAI

PERMATA – Setiap Kanak-Kanak Berharga

Beberapa minggu lalu saya telah menulis mempersoalkan, apakah Program PERMATA NEGARA sememangnya tiada nilainya lagi pada hari ini memandangkan kerajaan sekarang bukan lagi diterajui Barisan Nasional. Melihat kepada respon netizen, nampaknya Program PERMATA NEGARA ini sangat dirindui dan dihargai oleh rakyat jelata seumpama rakyat ini adalah jauhari yang masih mengenali manikamnya.

Di antara respon netizen yang terkesan memberi komen :

‘PERMATA TETAP PERMATA dan berharap agar akan bersinar kembali PERMATA. Walau dicampak ke laut oleh yang tidak tahu menilai seperti yang kita selalu dengar dan perkatakan, PERMATA tetap akan menjadi pulau untuk disinggahi.’

Ada juga yang turut berkongsi pencapaian anak-anak mereka, di antaranya dari respon netizen bernama Muhd Hamzazi yang bersyukur apabila dari anaknya menampakkan peningkatan dalam pembelajaran dari Zero to Hero kerana telah bersekolah di bawah Program PERMATA NEGARA dari tahun 2018 hingga 2019.

Netizen yang bernama Fazli Rosli Jalani turut berterima kasih kepada DS Najib dan DS Rosmah apabila anaknya telah berjaya menghabiskan pengajian dari lepasan Asasi Sains Pintar 2018/2019 dengan mengakui bahawa program ini mempunyai fasiliti yang terbaik.

Manakala seorang ibu pula berkongsi kejayaan anaknya lepasan PERMATA (KAMPUS USiM Nilai) 2017/2018, telah memperoleh 6A dalam UPSR 2018.

Itu hanyalah sebahagian ibu-bapa yang berkongsi kejayaan Program PERMATA NEGARA secara umum. Tidak dapat dinafikan kebanyakan anak-anak PERMATA NEGARA ini adalah dari kawasan luar bandar yang telah berpeluang menikmati modul pendidikan bertaraf antarabangsa. Bukanlah seperti yang didakwa sesetengah pihak dimana hanya anak-anak bandar yang berasal dari keluarga berpendapatan tinggi saja diberi keutamaan dalam Program PERMATA NEGARA.

Mengimbas kembali ketika Program PERMATA NEGARA mula-mula diilhamkan seawal 2005, Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak (National Child Development Research Centre – NCRDC) UPSI, Tanjung Malim turut ditubuhkan pada 20 September 2006. Idea ini dicetuskan oleh Kumpulan Penasihat PERMATA yang diketuai DS Rosmah apabila menyedari tidak ada satu pusat khusus yang wujud dalam memfokuskan isu-isu pembangunan awal kanak-kanak di negara ini dan DS Rosmah telah mencadangkan agar pusat tersebut perlu ditubuhkan dengan sokongan dari pihak Institusi Pengajian Tinggi.

Peranan utama NCDRC adalah menyediakan Program latihan untuk pendidik dan pengasuh PERMATA serta membantu melaksanakan projek perintis di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Diinspirasikan dari Program Sure Start & Early Years dari PenGreen Centre, Colby England yang fokus dalam menyediakan pendidikan dan penjagaan kepada kanak-kanak dari 0 – 4 tahun. PenGreen merupakan pusat kecemerlangan terkemuka di Britain untuk Pendidikan awal kanak-kanak dan merupakan pusat rujukan negara lain.

Modul Program PERMATA NEGARA yang pertama adalah Early Childhood, Education and Care (ECEC) yang berprinsipkan ‘Setiap Kanak-Kanak adalah Berharga’. Falsafah kurikulum PERMATA NEGARA menekankan fasa asuhan dan didikan awal kanak-kanak dalam bertujuan mengembangkan potensi setiap anak PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara pendidik, ibu bapa serta komuniti.

NCRDC juga telah mendapat sokongan dari pelbagai agensi di negara serta juga badan-badan dunia seperti WHO, UNICEF, NCB, NAEYC dan OMEP yang terlibat dalam pembangunan kanak-kanak. Pengisian program meliputi pengetahuan masalah keibubapaan, kesihatan, kesejahteraan dan pendidikan awal kanak-kanak serta menyentuh cabaran yang dihadapi setiap anak-anak Malaysia.

Memandangkan Program PERMATA NEGARA telah diletakkan di Jabatan Perdana Menteri, maka ada pihak yang tidak berpuas hati. Ini adalah kerana mereka tidak mengetahui bahawa Program ECEC merangkumi pendidikan awal kanak-kanak di bawah empat tahun dan secara tidak langsung bukan berada di dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Sukatan pelajaran pendidikan pra-sekolah kebangsaan hanya disediakan untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sahaja.

PERMATA NEGARA ternyata telah memberikan akses pendidikan yang bertaraf antarabangsa kepada kanak-kanak bawah 4 tahun yang berada di kawasan luar bandar dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berbeza situasinya berbanding anak-anak bandar yang mudah mendapat akses pendidikan sebegini melalui tadika-tadika swasta.

Setelah Pakatan Harapan mengambil kepimpinan negara dari Barisan Nasional, PERMATA NEGARA telah digantikan dengan nama Genius Negara. Yang pasti, Kerajaan PH hanya mampu mencedok kesemua idea PERMATA NEGARA. Objektif serta falsafah asal PERMATA NEGARA telah jauh disimpangkan serta disempitkan apabila ditumpukan hanya kepada pelajar-pelajar intelek sahaja manakala kanak-kanak yang berbakat ditinggalkan. Akhirnya, apakah yang akan berlaku kepada anak-anak Malaysia hari ini?

Kini kita dibawah Kerajaan Perikatan Nasional, adakah anak-anak Malaysia kini masih berharga untuk negara?..

C/P – FB Zachary Zidane

Posted in Uncategorized

SALURAN TV PENDIDIKAN WAJAR ATAU TIDAK ?

Covid 19 telah membawa satu perubahan dalam sistem pendidikan pada hari ini. Banyak sekolah tidak dapat dibuka bagi mengelakkan penularan wabak ini namun pendidikan anak anak perlu diteruskan.

Jadual persekolahan tahun 2021 yang dijadualkan pada 20 Januari 2021 telah pun ditunda akibat perlaksanaan PKP2.0 . Pihak kementerian telah perkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPDR). Sistem yang bagus namun sudah pasti sistem ini pasti tidak boleh diakses oleh seluruh pelajar di Malaysia.

Jika kita lihat di media sosial pada hari ini ramai ibubapa meluahkan masalah yang mereka hadapi iaitu tiada gajet/laptop dan masalah internet. Walaupun kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai bagi pembelian gajet ini namun ianya hanya berpihak kepada golongan B40 keatas. Kerajaan juga mengumumkan data internet percuma namun masalah internet akan timbul di kawasan pendalaman seperti kes pelajar UMS ,Veveonah Mosibin.

Beberapa pemimpin di Malaysia telah pun menyampaikan cadangan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu wujudkan ‘channel’ khas untuk TV Pendidikan. Antara yang mengusulkan cadangan ini ialah Presiden UMNO , Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan oleh Presiden UMNO

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajid juga menyuarakan hal yang sama

Cadangan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil yang semua sedia maklum bagaimana beliau amat menyayangi kanak-kanak juga telah memberikan pandangan dan cadangan melalui live di FB beliau ( https://m.facebook.com/OfficialAznil/videos/186591333199620/ )

Pihak kementerian perlu lihat serius perkara ini dan perlu membuat satu keputusan yang drastik demi masa depan anak-anak hari ini. Gunakan lah bajet yang telah diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin.

Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penerima peruntukan terbesar dalam belanjawan 2021

Masih belum terlambat untuk laksanakan dan banyak syarikat produksi yang mampu membekalkan program berkonsepkan pendidikan ini.

Jangan lah kerajaan menambah beban lagi pada ibubapa pada sekarang ini. Jika yang berkemampuan boleh lah membeli gajet untuk anak anak mereka tapi jika yang tidak berkemampuan sudah pasti mereka menangis bersendirian.

Jangan pula kerajaan seronok apabila melihat ada pihak yang tampil membantu keluarga yang kurang berkemampuan. Segeralah membuat keputusan.

Posted in Uncategorized

PERMATA YANG TIADA NILAI LAGI?

Sekali air bah sekali pantai berubah dan begitulah terjadinya kepada negara kita apabila lain ketuanya, lain pula kemahuannya. Selepas PRU14, kerajaan telah bertukar dari pemerintahan Barisan Nasional ke Pakatan Harapan. Kita juga telah menyaksikan beberapa perubahan ketara oleh kerajaan PH dan apa pun alasan yang diberikan, keutamaannya bermotifkan politik dendam.

Salah satu target utama PH adalah program Permata Negara yang sentiasa disensasikan mereka untuk dijadikan bahan hasutan politik. Lebih-lebih lagi penaung Permata Negara adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Enggan melihat kejayaan program Permata ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia dan enggan melihat kepentingannya untuk pendidikan anak-anak negara seawal bayi dan kanak-kanak dari pinggir bandar dan luar bandar serta berlatarbelakang pendapatan keluarga yang rendah, program Permata Negara ini dilihat hanya kerana ia satu legasi musuh politik PH.

Malangnya, kerajaan PH tidak mampu mencari walaupun satu kepincangan pun program Permata Negara ini, maka ia terpaksa diteruskan. Masakan program yang telah diwujudkan dengan kajian dan perancangan rapi bersama-sama barisan pakar kanak-kanak, pendidik, akademik serta pegawai-pegawai kerajaan dikatakan PH sebagai kepentingan peribadi penaungnya. Malahan projek perintis yang dinamakan sebagai “Pusat Anak Permata Negara” telah pun dimulakan seawal 2005 di lima daerah iaitu di Chini, Putrajaya, Subang Jaya, Mempaga and Kepala Batas.

Jelas program Permata Negara telah digerakkan lebih awal dan bukanlah seperti yang didakwa pihak PH yang program ini wujud hanya ketika DS Najib adalah Perdana Menteri.

Rupa-rupanya di bawah kerajaan PH, Program Permata Negara ini telah menjadi rebutan di antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Dr wan Azizah. Setelah didesak oleh pihak-pihak profesional dan akademik, pada awalnya Dr Maszlee hanya mampu menukar kepada nama baharu, Genius, tanpa ada sebarang penambahbaikan. Selepas sebulan Dr Wan Azizah pula memperakui untuk meneruskannya dan mendapati ia lebih relevan di bawah kementeriannya.

Betapa bercelaru kepimpinan tinggi PH ini malahan menjadi sindiran rakyat mempersoal samada mereka tidak tahu wujudkan kumpulan WhatsApp untuk berbincang terlebih dahulu sesama sendiri sebelum membuat pengumuman. Nampaknya program untuk masadepan anak-anak negara ini sekadar menjadi rebutan politik pula dan hakikatnya PH tidak mampu menafikan kebaikan program Permata Negara di mana penggerak utamanya adalah Datin Seri Rosmah Mansor, mesti diteruskan.
Yang mampu dipertikaikan kerajaan PH hanyalah ditumpukan kepada persoalan mengapa program Permata Negara ini diletakkan di bawah PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan mengapa mendapat pertambahan dana kerajaan.

Permata Negara yang ingin dilahirkan bukan hanya sebuah program pendidikan awal kanak-kanak sahaja tetapi merangkumi PERMATA Kurnia (anak-anak autisme), PERMATA Pintar (anak-anak kecerdasan luar biasa), PERMATA Insan (anak-anak pintar agama dan sains), PERMATA Seni (anak-anak bakat seni tinggi), Hospital Kanak-Kanak PERMATA dan Perkasa Remaja (program pemerkasaan remaja berisiko tinggi). Apakah tanpa penglibatan kerajaan, maka program Permata yang telah dirancang sebegitu rapi akan dapat diperluas dan direalisasikan?

Kini kerajaan sekali lagi bertukar, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui dari serpihan pemimpin PH. Kerajaan PN yang sentiasa melaungkan slogan prihatin rakyat nampaknya tidak langsung memberi peruntukan bajet untuk program Permata Negara.

Apakah program Permata Negara ini tidak mampu memberi manfaat kepada pembangunan negara dan generasi pintar yang ingin diwujudkan bakal dipinggirkan sehingga tiada nilainya lagi, hanya kerana dendam politik masih diteruskan? Mengapa program Permata Negara perlu diberi perhatian serius kerajaan PN akan diperincikan di dalam artikel seterusnya untuk rakyat terutama ibubapa lebih memahami betapa ruginya jika program ini dipandang remeh oleh kerajaan PN.

Ketepikan dendam politik malahan kerajaan PN perlu menepati slogannya, apakah benar-benar prihatin rakyat?