Posted in Uncategorized

UMNO BUKAN PERTUBUHAN SAMPAH YANG BOLEH DIPERAH OLEH PIHAK KETIGA

Oleh : Tinta Perak

Sedang bertebaran di dalam media social yang mana Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Ismail Sabri akan dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru bagi menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin yang telah hilang majoriti.

Ketahuilah UMNO adalah sebuah parti yang ada perlembagaannya sendiri. Sebarang keputusan yang membabitkan pemimpin dari UMNO perlu lah melalui Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi. Apa yang dapat dilihat sekarang terdapat cubaan untuk mengeruhkan hubungan sesama sendiri dalam parti.

Ada satu terma latin “vox populi” bermaksud “suara majoriti rakyat” dan dalam konteks demokrasi adalah terjemahan sokongan rakyat. Begitu jualah demokrasi dalam UMNO, undian majoriti perwakilan mengangkat seseorang pemimpin yang menjadi wakil dan pemegang amanah ahli parti.

Harus di bezakan dengan sistem autokratik dan diktator di mana kuasa berpusat dan pemimpin bertindak sewenang-wenangnya. Tuntasnya, pemimpin besar dan kecil dalam parti tidak boleh bertindak sesuka hati hanya demi kepentingan minoriti dan diri sendiri, sedangkan parti wajib diutamakan.

Dari aspek lain, percaturan oleh pihak-pihak tertentu ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperkecilkan institusi Presiden UMNO. Terma institusi presiden inipun dibangkitkan pada 2016 kepada ahli UMNO, menekankan konsep supaya ahli parti mempertahankan presiden yang memegang jawatan sebagai institusi dan bukannya atas kapasiti individu.

Baiklah runding dan bincang. Mahal harga tempur dan perang, mungkin ada si kitul yang kenyang.

Ingat pesan leluhur:

Alu bertingkah dengan lesung
Padi tumbah ayam yang kenyang
Kita bertelagah sama sekampung
Asyik berbantah orang lain senang