Posted in Uncategorized

RAKYAT VS KUASA… YANG MANA SATU LEBIH PENTING

Covid-19 telah mencetuskan satu norma baru di seluruh dunia dan telah mengakibatkan banyak masalah timbul di seluruh negara.

Antara masalah utama yang timbul adalah masalah kewangan. Tidak perlu lihat negara lain, kita lihat di negara kita sendiri. Bagaimana kerajaan menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi rakyat.

Banyak sektor yang terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilancarkan. Antara sektor yang terjejas sektor penerbangan, perlancongan, perhotelan, hiburan dan banyak lagi ini berikutan segala aktiviti dihentikan bermula 18 Mac 2020 dan berlarutan sehingga 12 Mei 2020 sebelum PKPB & PKPP diperkenalkan.

Rentetan dari Perintah Kawalan Pergerakan segala aktiviti dihentikan dan banyak syarikat telah mengurangkan gaji dan ada juga syarikat yang mengurangkan pekerja bagi menampung perbelanjaan syarikat.

Pada 4 Jun 2020, Menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). mereka yang kehilangan pekerjaan telah meningkat 42% pada suku pertama tahun ini (Q1 2020).

Dalam laporan bertajuk ‘Employment Outlook, the 1st Quarter of 2020, Volume 4/2020, The Impact of COVID-19 on Loss of Employment (LOE)’, SIP memaklumkan pandemik itu telah menjejaskan banyak perniagaan sehingga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37 peratus atau tidak dapat beroperasi seperti biasa (42 peratus).

“Trend ini hanya dijangka meningkat dari April 2020, dengan kehilangan pekerjaan meningkat 50 peratus kepada 200 peratus tahun ke tahun bagi setiap suku berikutnya pada 2020,

Laporan itu menyebut, daripada 7.5 juta kakitangan aktif berdaftar dengan PERKESO pada 2019, 1.458 juta bekerja dalam sektor berkaitan pelancongan manakala 1.457 juta bekerja dalam bidang pembuatan.

“Tidak menghairankan jika lebih daripada separuh perniagaan ditutup membabitkan majikan besar dengan lebih 200 pekerja dalam sektor pelancongan manakala sektor pembuatan memberhentikan paling ramai pekerja iaitu 23 peratus daripada jumlah keseluruhan untuk mengurangkan kos overhed selepas terpaksa menutup kilang-kilang mereka,” menurut laporan itu.

” Bagaimanapun, majikan yang tidak memberhentikan pekerja mereka sedang melakukan langkah-langkah penjimatan kos dengan satu daripada kaedah popular ialah mengurangkan gaji terutama pekerja yang telah bekerja lebih daripada lima tahun kerana gaji mereka biasanya 45 peratus lebih tinggi daripada pekerja baharu.”

Walaupun pada ketika itu pihak kerajaan telah mengumumkan pelbagai bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional, Geran Khas Prihatin, Motoratium dan beberapa lagi skim telah diwujudkan namun masalah yang dihadapi oleh rakyat semakin meruncing hingga ada yang membuat keputusan dengan membunuh diri.

Baru baru ini, Dato Sri Najib Razak telah berikan cadangan kepada kerajaan Malaysia. Cadangan tersebut ialah pengeluaran on-off RM10, 000 dari akaun satu KWSP dan lanjutan morotarium secara bersasar. Cadangan tersebut telah disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pada awalnya, pihak KWSP tidak mempersetujui cadangan ini namun atas desakan rakyat Malaysia cadangan ini diperhalusi. Pada 16 Nov 2020, pihak KWSP mengumumkan satu skim pengeluaran wang dari akaun satu iaitu i-Sinar.

Walaupun telah dibenarkan pengeluaran dilakukan tetapi syarat yang dikenakan kepada para pencarum amatlah ketat.

Pemuda UMNO menerusi Ketua Pemudanya,Datuk Dr Asyraf Wajdi memohon agar syarat yang dikenakan oleh pihak KWSP.

Sehingga hari ini masih belum ada khabar gembira dari pihak KWSP mengenai kelonggaran syarat bagi i-Sinar ini. Sepatutnya kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet perlu tegas dalam hal ini jika mereka benar benar ingin membantu rakyat tapi apa yang boleh dilihat pada hari ini mereka lebih mementingkan kedudukan mereka dalam kerajaan. Mereka lebih sibuk mengatur hal politik dari hal kebajikan rakyat.

Jika keadaan begini masih berlarutan maka percaya lah pada PRU15 nanti kerajaan hari ini pasti akan diajar oleh rakyat.

Kepada mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat, berkhidmatlah untuk rakyat. Jalankan lah kerja ada yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Posted in Uncategorized

NAMA NAJIB RAZAK DISEBUT SEBUT DI TWITTER

Hari ini gempar dengan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan kabinet yang bersetuju untuk melaksanakan DARURAT. Dikatakan DARURAT yang hendak dilaksanakan adalah untuk membendung penularan COVID19.

Walau bagaimana pun rakyat Malaysia seolah olah tahu mengapa kerajaan Perikatan Nasional ingin mengisytiharkan DARURAT ini. Ramai menganggap keputusan itu ada kena mengena dengan situasi politik yang semakin kucar kacir.

Di laman media sosial Twitter nama Mantan Perdana Menteri ke 6, Dato Sri Najib Razak disebut sebut sehingga menjadi “trending”.

Ada juga netizen berharap Najib Razak kembali mengemudi Malaysia.

Selain itu, pemimpin dari Pakatan Harapan juga memuji Najib Razak sebagai seorang yang “gentlemen”.

Tapi apa pun nasi sudah pun menjadi bubur. Netizen sendiri yang mempercayai segala fitnah yang diciptakan oleh Pakatan Harapan sehingga menyebabkan tumbangnya Barisan Nasional yang dikemudi oleh Najib Razak ketika PRU14.

Jika ditakdirkan oleh Allah S.W.T, Najib Razak kembali mengemudi negara sebagai Perdana Menteri ke 9 adakah anda semua setuju…..

Posted in Uncategorized

DAP SERANG PKR

Gencatan politik yang diumumkan oleh Presiden UMNO dua hari yang lalu disambut baik oleh PKR menerusi kenyataan media Setiausaha Agungnya.

Walau bagaimana pun DAP menempelak keputusan yang dibuat oleh PKR.

Jika tidak berlaku gencatan politik pun DAP harus ingat UMNO tidak akan berkerjasama dengan mereka. Tapi yang pasti DAP hanya memikirkan hal politik demi kepentingan mereka sahaja dan UMNO pula memikirkan rakyat.

Sama seperti pembubaran DUN Sabah tempoh hari yang mana UMNO membantah tetapi DAP menyokong dan mereka menyifatkan COVID ini hanya sekadar mainan.

Posted in Uncategorized

GENCATAN POLITIK

21 Oktober 2020

Ramai sedia maklum politik tanah air nampak semakin kucar kacir dalam beberapa minggu ini. Dengan gerakan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang memberitahu dirinya mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan yang baru.

Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamid juga telah membuat kenyataan yang mana beliau tidak boleh menghalang mana mana ahli parlimen dari Barisan Nasional khususnya dari UMNO untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Kemudian dikejutkan dengan keputusan biro politik UMNO yang bermesyuarat minggu lalu yang mana UMNO sedang mempertimbangkan untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional.

Keadaan semakin tegang apabila satu surat sokongan palsu telah ditularkan kononnya Anwar Ibrahim mendapat sokongan dari UMNO.

Muafakat Nasional pula akan didaftarkan sebagai gabungan politik yang sah. Hal ini lebih menampakkan seperti kerajaan Perikatan Nasional sudah semakin rapuh.

Namun atas kepentingan rakyat Malaysia, Presiden UMNO mengumumkan gencatan politik. Perkara ini juga disambut baik oleh Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Setiausaha Agung PKR.

Posted in Uncategorized

Saya boleh berhenti bagi nasihat – Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah

GUA MUSANG: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, menegaskan akan tetap memberi pandangan dan nasihat kepada ahli parti selagi menjawat jawatan itu.

Tengku Razaleigh berkata, pandangannya dalam semua perkara berkaitan parti adalah untuk kebaikan bersama dan menarik sokongan ahli bawahan secara berterusan.

Beliau berkata, segala pandangan menyentuh kepimpinan termasuk pemimpin UMNO dalam Kabinet adalah untuk menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat.

“Saya kena jawab sebab dilantik sebagai penasihat, kecuali kalau tak nak bagi saya jadi penasihat lagi, saya boleh berhenti nasihatlah.

“Saya tak kritik, saya ulang saya tak kritik sesiapa. Saya tak campur urusan parti lain, (sebaliknya) saya hanya bagi pandangan ahli UMNO yang menemui saya,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan ketua dan wakil peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR bagi membincangkan tuntutan ladang sawit selepas tanam semula di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya meminta pemimpin UMNO dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) segera berundur daripada jawatan masing-masing.

Gesaan itu berikutan pengumuman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti, sekali gus menghilangkan kelayakan parti itu sebagai anggota Pakatan Melayu Islam didukung Muafakat Nasional (MN).

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau juga menyampaikan pandangan orang bawahan yang melihat menteri yang dilantik daripada UMNO tidak diberi muka dalam kerajaan PN.

“Apa guna duduk situ. Itu pandangan orang bawah yang saya sampaikan dan ada orang tiada jawatan dalam parti pun ada kedudukan tinggi.

“Orang kita yang ada pegang jawatan sebagai Naib Presiden dalam parti pun tiada ada kedudukan (dalam Kabinet), seolah-olah begitulah,” katanya. – BERITA HARIAN

Posted in Uncategorized

ANNUAR MUSA BAWA AGENDA SIAPA?



SURAT PEMBACA_

Sejak kebelakangan ini, ahli-ahli dan para penyokong UMNO kurang senang dengan sikap dan tindak-tanduk Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau akan membidas dan mempersoalkan mana-mana pemimpin dan tokoh UMNO yang mengkritik Bersatu serta pemimpin utamanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Annuar sudah hilang deria memahami sentimen akar umbi UMNO yang menolak penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN).

Bukan itu sahaja, akar umbi UMNO juga menolak hasrat Bersatu mencalonkan Muhyiddin sebagai PM sekiranya MN menang PRU-15.

Asas kepada sentimen ini bersandarkan kepada Bersatu mahupun Muhyiddin tidak berhak tentukan siapa calon PM. Tunggulah keputusan PRU-15 dan ia bergantung kepada parti mana yang memenangi jumlah kerusi terbesar.

Muhyiddin juga tidak pernah memohon maaf atas segala penghinaan dan tohmahan terhadap UMNO sebaliknya dilihat mahu ‘menunggang’ MN khususnya kekuatan UMNO bagi survival politik beliau dan Bersatu.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu juga tidak memperlihatkan kemahuan politik untuk menjadi sekutu dan rakan yang ikhlas kepada BN.

Banyak petunjuk yang boleh dikaitkan kepada hakikat itu antaranya masih membekukan aset UMNO (kecuali untuk kos pengurusan), gagal melantik TPM daripada kalangan pemimpin UMNO, mahu bertanding banyak kerusi milik UMNO dan mengekalkan ramai lantikan jawatan strategik era kerajaan PH.

Di sebalik semua ini, nampaknya Annuar yang selesa dengan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan terlalu menjaga hati Muhyiddin dan para pemimpin Bersatu. Beliau sanggup menyerang rakan-rakan dalam UMNO kerana mahu membela Muhyiddin dan Bersatu.

Sesiapa sahaja yang bersuara mengkritik kerjasama dengan Bersatu atau menegur Muhyiddin pasti beliau berang.

Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menggesa semua pemimpin UMNO dalam Kabinet meletakkan jawatan daripada kerajaan PN, turut disanggah oleh Annuar.

Apatah lagi pemimpin UMNO lain yang mengkritik Bersatu dan Muhyiddin seperti Datuk Puad Zarkashi, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed dan Datuk Zahidi Zainul Abidin – dibidas sewenang-wenangnya oleh Annuar.

Sekiranya Annuar enggan akur nasihat Tengku Razaleigh agar menteri UMNO meletakkan jawatan, adalah lebih baik beliau berdiam.

Sudah sampai masanya Annuar mencermin diri dan tidak dibuai-buai dengan jawatan Menteri dalam kerajaan yang bukan mendapat mandat rakyat. Cukuplah, janganlah sampai ahli-ahli UMNO meluat.

Pelbagai alasan dan hujah Annuar berhubung isu tersebut tidak meyakinkan akar umbi. Sebaliknya Annuar telah memberikan isyarat yang salah dan hal itu sangat disedari oleh akar umbi.

Sebenarnya inilah masa bagi ahli ahli dan penyokong UMNO mengenali siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang hanyut dibuai jawatan (yang dihamparkan oleh Muhyiddin dan Bersatu).

Ingatlah, belum tentu Muhyiddin itu kawan atau mungkin lawan yang dalam diam boleh menghakis kekuatan UMNO.

Bukankah pada Muhyiddin, UMNO adalah parti yang sudah bertaraf masuk longkang, busuk, hanyir dan jijik. Yang wangi dan indah semuanya Bersatu. Sedangkan hakikatnya Bersatu pernah bersekongkol dengan DAP sehingga membawa banyak mudarat kepada agama dan bangsa.

Bukankah itu pengkhianatan besar dalam sejarah politik bangsa era moden ini? Dengan kata lain, dosa Bersatu begitu besar kepada agama dan bangsa (walaupun sejarahnya masih baharu dan partinya kecil serta kurang pengaruh dalam kalangan orang Melayu).

Dengan rekod pengkhianatan itu maka berwaspadalah percaturan licik Bersatu. Malah sudah ada cakap-cakap Muhyiddin dan Tun Mahathir Mohamad masih mempunyai hubungan strategik dengan muslihat untuk menguasai UMNO.

Sekarang ini bukan sahaja Muhyiddin, Hamzah Zainuddin dan barisan lompat parti yang perlu diwaspadai, beberapa pemimpin UMNO juga seakan sudah ‘dibeli’.

Salah seorangnya Annuar, yang terikut rentak bagi menjayakan agenda Muhyiddin dan Hamzah.

Mesej kepada semua, utamakan kepentingan parti berbanding kepentingan diri sendiri.

Jika sesiapa sahaja termasuk Annuar mahu membawa aspirasi Bersatu dalam saat-saat kritikal menjelang PRU-15, silakan sertai parti itu. Bukan kita tidak sayangkan Annuar tetapi kita lebih sayangkan UMNO yang menjadi wajah perjuangan bangsa, agama dan negara.

Kini pilihan di tangan Annuar!

-Zamani Zaman, Bangi
(Dihantar melalui emel)

Baca berita selanjutnya di editormalaysia.com

Posted in Uncategorized

Muafakat Nasional Hilang Arah Tuju – Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah

GUA MUSANG: Muafakat Nasional (MN) sepatutnya diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) namun hala tujunya ketika ini masih tidak jelas, kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, MN yang dibentuk oleh UMNO dan Pas kini bagaikan hilang arah tuju sebenar sebagai sebuah pakatan Melayu Islam.

Beliau berkata, pelawaan pihak yang bertanggungjawab dalam MN meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi anggota juga bercanggah dengan tujuan asal gabungan itu.

“Saya tidak kritik sesiapa dan hanya bagi pandangan. Kelirulah… Kalau saya keliru, orang bawah macam mana? Kita nak hadapi pilihan raya mesti jelas.

“Orang bawah bosan, keliru dan rasa sesuatu tak kena. Kalau ada orang syok sangat kepada Bersatu, dia masuk Bersatulah. Tak ada siapa nak halang. Biar dia pertahankan Bersatu itu dia punya hal.

“Tetapi kita nak jaga apa yang diberitahu kepada rakyat mesti perkara yang nak dilaksanakan oleh kita. Jangan cakap lain, bikin lain,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bukit Cekati di sini hari ini.

Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata, pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewajarnya berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan berikutan pengumuman Bersatu untuk menerima keahlian bukan Melayu.

Beliau berkata, tindakan Bersatu itu menjadikannya tidak layak menganggotai pakatan Melayu Islam yang didokong MN.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, kenyataannya sebelum ini yang meminta ahli UMNO dalam Kabinet PN segera berundur daripada jawatan masing-masing adalah pandangan peribadinya.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengkritik mana-mana pemimpin atau parti lain tetapi hanya memberi pandangan dalam keadaan situasi politik yang berlaku ketika ini.

“Parti kita kata sudah tidak menyertai kerajaan PN tetapi ahli-ahli UMNO masih duduk dalam Kabinet yang ditubuh oleh kerajaan. Ini semuanya menimbulkan kekeliruan.

“Kalau pemimpin tak setuju pandangan saya dia punya hal lah. Saya hanya bagi pandangan. Nak dengar, dengarlah… tak nak dengar sudah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Posted in Uncategorized

DUN SLIM KEKAL MILIK BN

PRK Dun Slim telah pun berlangsung dengan harmoni pada hari ini (29 Ogos 2020) dimana dapat disaksikan pertembungan 3 penjuru.

Senarai Calon PRK N58 Dun Slim

Semua sedia maklum calon bebas, Saudara Amir Khusyairi adalah merupakan calon dari Parti Pejuang sebenarnya . Jika dilihat sepanjang tempoh berkempen ramai pemimpin dari PH terutama Pejuang hadir untuk berkempen. Mereka hadir dengan membawa pelbagai fitnah dan setiap hari menyebut nama Najib.. Najib… Najib seolah olah Najib adalah calon bagi PRK kali ini.

Pengundi DUN SLIM telah pun memilih Wakil Rakyat mereka yang baru. Kemenangan telah berpihak kepada Barisan Nasional dengan undi majoriti yang semakin meningkat.

Keputusan PRK N58 Dun Slim
BN: 13,007
Bebas pokok: 2,110
Bebas buku: 276
Majoriti: 10,897

Undi awal:
BN:  241
Bebas pokok: 11
Bebas buku: 0
Majoriti: 230

Ladang Kelapa Bali
BN: 119
Bebas Pokok: 22
Bebas Buku: 19
Majoriti: 97

Felda Besout II
BN: 2,801
Bebas pokok: 240
Bebas buku: 4
Majoriti:2,561

Felda Besout I:
BN: 1,294
Bebas pokok: 133
Bebas buku: 3
Majoriti: 1,161

Felda Besout V:
BN: 1,154
Bebas pokok: 91
Bebas buku: 4
Majoriti: 1,063

Ladang Sungkai
BN: 157
Bebas pokok: 60
Bebas buku: 13
Majoriti: 97

Pekan lama:
Bn: 170
Bebas pokok: 42
Bebas buku: 8
Majoriti: 128

Changkat Sulaiman
BN: 620
Bebas pokok: 65
Bebas buku: 2
Majoriti: 555

Trolak Utara
BN: 1,551
Bebas pokok: 244
Bebas buku: 5
Majoriti: 1,307

Trolak Selatan 
BN: 1,802
Bebas pokok: 205
Bebas buku: 3
Majoriti: 1,597

Trolak
BN: 424
Bebas pokok: 88
Bebas buku: 22
Majoriti: 336

Pekan Slim
BN: 1,047
Bebas pokok: 353
Bebas buku: 98
Majoriti: 694

Sungai Slim Utara
BN: 660
Bebas pokok: 356
Bebas buku: 61
Majoriti: 304

Kampong Kuala Slim 
BN: 967
Bebas pokok: 200
Bebas buku: 34
Majoriti: 767

Jika dilihat dari keputusan, jelas pengundi dari PAS telah mengundi Calon Barisan Nasional bari PRK kali ini. Dimanakah para pengundi dari PPBM?

Keputusan PRU14 bagi Dun Slim

Posted in Uncategorized

MALAYSIA TIDAK AKAN TUNDUK TUNTUTAN TERHADAP SABAH – MUHYIDDIN YASSIN

KOTA KINABALU, 29 Ogos — Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam passport…saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia…Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah, di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaafar dilaporkan sebagai berkata cadangan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta pasport Filipina bukan langkah terbaharu atau pendirian rasmi kerajaan negara itu.

Perkara itu merupakan cadangan anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina untuk mewujudkan rang undang-undang gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Pasport Filipina 1996.

— BERNAMA

Posted in Uncategorized

UMNO TIDAK SERTAI PERIKATAN NASIONAL – ZAHID HAMIDI

UMNO tidak akan sertai Perikatan Nasional – Presiden UMNO, Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi

1. UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

2. Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

3. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

4. Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

5. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

6. Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.