Acara tahunan wajib UMNO sudah pun bermula pada hari ini dan akan tamat pada 28 Mac 2021.

Acara tahunan wajib UMNO sudah pun bermula pada hari ini dan akan tamat pada 28 Mac 2021.
Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,
Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
ADUN Kempas (2013-2018)
Ahli UMNO 01059553.
TANGGAL 9 Mei 2018 musuh tertawa melihat ‘Rumah Agam’ UMNO roboh.
Puas hati melihat ahli UMNO yang setia kesedihan. Yang kurang setia bagai ayam disambar helang.
Takdir ilahi aku dipilih mengenggam bara api perjuangan memahat tiang agar kembali berseri.
Jangan tuduh diri yang serakah. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.
Namun amanah dan baiah kepada Tuhan azimat penguat semangat.
Baru saja mula memahat diugut rakan supaya beredar atau ada yang akan meninggalkan saf.
Tidak lama selepas beredar mereka mufaraqah jua. Ternyata cuma alasan. Ugutan itu dusta.
‘Rumah agam’ lain tersedia. Buat apa susah-susah. Selamat tinggal mungkin kerana dirimu begitu berharga.
Itu mengikhtisarkan pengalaman 6 bulan bercuti atau lepas jawatan bukan penyelesaian.
Sesiapapun yang diamanahkan akan mereka gasak supaya tiang kekal tidak berseri, kerana itu matlamat utama mereka.
Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang. Jika tidak ke dalam kau rasakan.
Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Melindungi.
Mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu ‘rumah agam’ UMNO sedang dipulih.
Mereka takut dan resah mahu menggagalkan. Namun aku yakini kudrat ini tidak akan pernah berhenti.
Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO
KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras di sini, diarah henti serta-merta sehingga persekitaran pembinaan disahkan selamat.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jalan raya di sekitar projek pembinaan turut ditutup sehingga tahap keselamatan disahkan selamat oleh agensi terbabit.
“Kita sudah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan kecuali operasi menyelamat yang mungkin berlarutan sehingga jam 12 tengah malam ini,” katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Pemaju Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. mengesahkan tiga maut manakala seorang lagi parah dalam kejadian kren jatuh di projek pembinaan SUKE di Jalan Alam Damai, Cheras di sini pagi tadi.
Katanya, kejadian itu melibatkan tiga pekerja warga asing dan seorang pengguna jalan raya.
Kerajaan wajar mengkaji semula kompaun sehingga RM10,000 yang boleh dikenakan ke atas rakyat yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 di bawah Ordinan Darurat banyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat.
Pertama sebilangan rakyat masih keliru tentang SOP yang ditetapkan kerajaan dan kini mereka berisiko dikompaun sehingga RM10,000 jika tersalah faham berhubung SOP tersebut.
J-KOM dengan peruntukkan lebih RM40 juta sewajarnya berusaha memahamkan rakyat tentang SOP ini terlebih dahulu. Inilah peranan yang sepatutnya oleh J-KOM, bukan sebaliknya.
Kedua saya percaya setiap rakyat Malaysia berusaha untuk mematuhi SOP sepanjang masa kerana mereka juga bimbang dijangkiti wabak Covid-19.
Namun fitrah manusia tidak lari daripada melakukan kecuaian. Justeru, kompaun bertujuan untuk mendidik dan memperingati mereka, bukan untuk menekan hidup mereka.
Ketiga RM10,000 bukan jumlah yang kecil bagi golongan berpendapatan rendah. Jika gagal dilunaskan dalam tempoh tertentu mereka akan berdepan pendakwaan.
Mungkin RM10,000 dapat memastikan golongan kaya raya sedikit sebanyak turut terkesan dengan nilai kompaun.
Bagaimanapun ‘jangan pukul rata’ sehinggakan golongan berpendapatan rendah dan miskin terjebak sama.
Benar kompaun RM10,000 ditulis atas notis saman belum muktamad kerana boleh membuat rayuan berdasarkan budi bicara pegawai diberi kuasa.
Persoalannya bagaimana cara untuk mengukur budi bicara? Kompaun dikurangkan kepada RM8,999 juga boleh dianggap sebagai budi bicara.
Sewajarnya ada ‘guidelines’ yang jelas dalam urusan budi bicara atau mungkin kompaun sehingga RM10,000 boleh ditetapkan berdasarkan klasifikasi pendapatan.
Golongan T20 mungkin wajar dikenakan kompaun maksimum RM10,000, manakala M40 dan B40 berdasarkan pendapatan mereka atau kesalahan berulang seperti yang pernah disyorkan.
Ini selari dengan kepayahan rakyat menjalani kehidupan dalam keadaan ekonomi yang lembap dan kos sara hidup semakin meningkat.
Walau apa pun saya tetap menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha sedaya upaya mematuhi SOP pada setiap masa dan di mana jua.
Bukan kerana semata-mata takut dikenakan tindakan keras dibawah Ordinan Darurat, tetapi kerana cakna terhadap keselamatan diri dan keluarga.
14 Mac 2021 – Satu perjumpaan telah dibuat di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru. Lebih 250 orang dari hampir 50 NGO hadir perjumpaan tergempar ini dan satu resolusi telah dicapai bagi menggarap gerak kerja seterusnya.
KAMI ingin menzahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah salah dan tidak mengikut Perlembagaan.
Ini bercanggah dengan keputusan ‘precedent’ Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Keputusan ini akan memberi ruang kepada penyalahgunaannya yang akan menyebabkan bukan sahaja kalimah Allah yang suci dan berkaitan akan dihina. Malah, ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan bukan Islam. Pintu murtad atau pemikiran pluralisme akan terbuka luas.
KAMI menyelar mana-mana pihak yang dilihat bersungguh-sungguh untuk menggunakan kalimah suci ini yang jelas tidak sensitif dan sengaja mahu menimbulkan perselisihan di kalangan penganut agama. Malah, ada pemimpin DAP yang melahirkan rasa syukur dengan keputusan ini.
Justeru, berikut adalah Resolusi NGO-NGO Islam:
1. Menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merayu terhadap keputusan ini ke mahkamah yang lebih tinggi dengan kadar segera dan meminta penangguhan perlaksanaan keputusan hakim tersebut sehingga kes rayuan selesai. KDN perlu mengeluarkan pekeliling baharu pengharaman penggunaan perkataan-perkataan tersebut sekiranya penangguhan itu tidak dibenarkan.
2. Menuntut kerajaan dan jawatankuasa Pemilihan Hakim untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar faham sejarah perundangan negara dan menghayati Islam sebagai agama Persekutuan dalam konteks yang sebenar dilantik sebagai hakim.
3. Menyaran agar setiap organisasi dan persatuan umat Islam mengambil serius perihal dan isu ini kerana ianya membawa implikasi yang besar kepada umat Islam dan kita menyarankan agar satu MEMORANDUM bantahan dihantar kepada majlis agama Islam negeri (MAIN) di setiap negeri dengan kadar yang segera.
4. Menuntut kerajaan mengadakan preamble (mukadimah) kepada Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan elemen-elemen penting bagi menjaga keutuhan Islam.
5. Menggesa Dewan Bahasa dan Pustaka selaku badan berotoriti terhadap bahasa untuk memberikan DEFINISI kepada ‘God’ sebagai ‘Tuhan’ bagi menghilangkan pertikaian yang timbul.
6. Memohon ampun perkenan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing untuk mengambil tinakan segera bagi membetulkan keadaan supaya Islam tidak terus dihina dan dipermain-mainkan.
Pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Kesalahan itu termaktub di bawah Kaedah 103 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).
Media melaporkan di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis juga diberi kuasa untuk menyita motosikal dengan tujuan mengelakkan kesalahan sama berulang.
Saya memuji usaha dilakukan PDRM yang mahu memastikan pemilik kenderaan mematuhi undang-undang, tidak membuat bising hingga mengganggu ketenteraman awam dan membendung pencemaran alam sekitar.
Undang-undang perlu dipatuhi dan dihormati. Bagaimanapun polis antara pasukan penguatkuasa yang mempunyai budi bicara yang cukup tinggi di negara ini.
Pada hemat saya, jika ada pemilik kenderaan mengubahsuai ekzos memadailah dikenakan saman yang boleh menyedarkan mereka. Tidak perlu disita melainkan kenderaan itu tiada geran pemilikan.
Jika kenderaan disita, ia pasti menyukarkan pemiliknya. Mungkin ia satu-satunya kenderaan yang ada untuk keluar bekerja.
Saya berharap penguatkuasaan ini dapat dikaji sepenuhnya termasuk pihak bengkel yang menjual ekzos.
Lagipun, bengkel motosikal juga mahu beroperasi tatkala ekonomi negara kini dalam keadaan tidak baik.
Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.
Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.
Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.
Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera.
Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.
Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.
Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”
YB Hjh Natrah Ismail
Ahli Parlimen Sekijang
Jangan angkuh, jangan sombong untuk terus muhasabah, berubah dan lakukan koreksi!
Jangan menari mengikut lagu dendangan musuh yang sentiasa khianat mendengki!
Jangan biarkan kita mudah dipermain dan dimanipulasi!
Utamakan kesatuan dan solidariti!
Jangan cepat percaya dengan cerita-cerita sensasi yang hanya mencetuskan prasangka dan persepsi!
Pertahankan tradisi dan institusi parti!
InsyaAllah jika terus pegang kuat kepada tali dan berpandu teguh pada suluhan wahyu Ilahi, berpaksikan mantra keramat BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT, UMNO mampu BANGKIT KEMBALI!
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Surat yang dihantar oleh Presiden UMNO, Datuk Sri Zahid Hamidi kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun menjadi perbualan yang hangat di dalam media massa dan media sosial.
Jika dilihat jawapan yang diberikan oleh Zahid kepada Muhyiddin mengenai kerjasama antara UMNO dan PPBM bagi PRU15 adalah seperti yang kita dengar sebelum ini iaitu majoriti ahli UMNO tidak mahu bersama PPBM.
Namun begitu kumpulan Si Kitul yang diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak bersetuju malah mereka mengatakan Zahid dan Najib sebenarnya sedang membuat jajaran baru dengan menyokong dan berkerjasama dengan DAP & PKR untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baru.
Walaupun kumpulan ini mencipta pelbagai persepsi mengenai jajaran baru yang diperkatakan itu termasuklah kononnya satu surat sokongan (SD) yang ditandatangai oleh Zahid dan Najib telah dihantar kepada Yang Di-Pertuan Agong namun usaha mereka ni nampak sia sia.
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hassan keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menurut beliau lebih daripada 100 bahagian UMNO telah memutuskan tiada kerjasama dengan PPBM bagi PRU15.
Annuar Musa yang semakin dilihat begitu sayang dengan PPBM pula memberitahu biarlah UMNO tempatan yang menentukan kerjasama dengan PPBM. Jika lebih daripada 100 bahagian UMNO didalam negara ini telah menolak PPBM nak tentukan apa lagi ?
Annuar Musa mungkin sudah lupa yang dia dan kumpulannya pernah pertikai apa itu AKAR UMBI. Tapi yang menariknya wajah sebenar Annuar Musa sudah makin terserlah.
Kumpulan dia pasti akan berkerja keras lagi selepas ini. Jika kita lihat di media sosial, mereka mula memainkan yang kononnya UMNO telah lupa diri, UMNO menolak Penyatuan UMMAH malah UMNO hendak bersama DAP & PKR.
Tapi yang mengejutkan PPBM yang rancak memancing dan membeli wakil-wakil rakyat dari DAP, PKR dan juga UMNO. Tetapi yang dituduhnya UMNO. Perkara ini diceritakan sendiri oleh MP Sekijang , YB Hajah Natrah Ismail.
Sampai bilakah Annuar Musa akan kekal di dalam UMNO ? Jangan dibiarkan SI KITUL ini lagi. Tindakan perlu diambil…