Posted in Politik

KETUA UMNO BAHAGIAN PASIR PUTIH LETAK JAWATAN…

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman mengumumkan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd sebagai menyahut usul diluluskan pada Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020), baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media, Zawawi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak berkata, surat rasmi peletakan tersebut akan diuruskan dalam masa terdekat.

“Peletakan jawatan tersebut sebagai menyahut seruan usul yang diluluskan dalam PAU2020,” katanya.

Beliau mula dilantik sebagai pengerusi Kesedar Kilang pada 26 Oktober tahun lalu.

Kesedar Kilang adalah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) iaitu agensi di bawah Kementerian Luar Bandar dengan menterinya, Abdul Latiff Ahmad daripada PPBM.

Posted in Politik

SAYA AKUR KEHENDAK PARTI – ISMAIL SABRI

Ismail Sabri Yaakob akur dengan kehendak Zahid sebagai presiden dan akan
meninggalkan kabinet selepas tamat darurat Ogos ini.

Sebelum ini Shamsul Anuar Nasarah telah membuat kenyataan yang sama.

“Sebagai ahli parti sebagai pemimpin parti sudah pasti ia keputusan parti tidak kiralah MKT ke atau PAU, ia adalah yang berkuasa dalam parti untuk menentukan keputusan, jadi sudah tentu kita mesti akur kepada keputusan parti,” katanya.

Ismail Sabri berkata, usul itu dikemukakan salah seorang pembahas dan ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut diputuskan oleh MKT selepas ini.

“Kita serahkan kepada presiden dan MKT menetapkan timeline. Kita tunggu. Ada cadangan untuk tarik pada Ogos, tapi dalam penggulungan presiden tadi setuju MKT dan presiden yang akan menetapkan. Jadi kita tunggulah bulan 8 ke atau bila ke kita pun tak tau,” katanya.

Posted in Politik

SELURUH PERWAKILAN SETUJU BERI MANDAT KEPADA PRESIDEN & MKT

Usul untuk tidak berkerjasama dengan PPBM pada PRU15 telah pun dipersetujui oleh perwakilan yang berada di dalam Dewan mahu pun di bahagian (secara maya).

Semasa Presiden UMNO membuat ucapan penggulungan yang dilihat ringkas, padat, tepat dan tegas , beliau telah meminta persetujuan dari seluruh perwakilan yang hadir sama ada beliau dan MKT berhak membuat keputusan untuk berhenti atau menarik semula sokongan secara en-bloc terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan permintaan tersebut mendapat sambutan apabila seluruh perwakilan berdiri sebagai tanda menyokong.

Ini bermakna Presiden & MKT akan mengeluarkan arahan pada bila-bila masa sahaja walaupun kebanyakkan pembahas memberi masa sehingga tamat darurat pada Ogos 2021.

Berkesempatan menemubual dua orang Ketua UMNO Bahagian untuk mendapatkan komen dari mereka.

Dato Sri Mohd Shafie Abdullah – Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju
Dato Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din – Ketua UMNO Bahagian Gombak
Posted in Politik

SHAHIDAN KASSIM HILANG ARAH DI PENTAS PAU 2020

Permulaan ucapannya yang mewakili perhubungan negeri Perlis telah mencetuskan suasana yang tegang apabila Shahidan menyalahkan para penggiat media atas kekalahan UMNO pada PRU14 yang lalu.

Apabila Shahidan menyatakan musuh sebenar UMNO ialah PH (DAP & PKR) para perwakilan menjerit PPBM tetapi Shahidan menafikannya malah Shahidan mohon usul tidak bekerjasama bersama PPBM pada PRU15 diubah kepada dirunding semula telah mencetuskan kekecohan di dalam Dewan Merdeka.

Shahidan sekali lagi mencetuskan ketegangan apabila memalukan Presiden UMNO dengan mengatakan Presiden beri dana sedikit dan Perdana Menteri beri dana banyak. Shahidan sudah lupa yang dia berada dihadapan ahli UMNO dan bukannya ahli PPBM.

Tindakan Pengerusi Tetap memendekkan ucapan Shahidan adalah amat tepat sekali. Jika lebih lama dia berucap tidak tahu apa lagi yang dia akan merapu

Shahidan perlu muhasabah diri dan lihat kembali apa yang dia perolehi pada hari ini adalah hasil keringat dari akar umbi.

Posted in Politik

SI ‘BUANG’ DIGANTUNG KEAHLIAN 6 TAHUN

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Beberapa buah portal telah cuba membuat satu kesimpulan awal berdasarkan SUMBER mereka.

Penulis tersohor menyatakan akan ada yang dipecat dan ada yang memberitahu ada beberapa orang akan dikenakan tindakan disiplin namun semua itu tidak tepat.

Tun Faisal yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa . Dia juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya.

Semenjak jawatan Setiausaha UMNO yang dijawat oleh Tan Sri Annuar Musa diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Maslan ramai dapat lihat Tun Faisal telah memulakan serangan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kononnya Zahid telah menghantar satu surat sokongan untuk menaikkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri malah Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak juga telah dituduh juga dalam isu surat sokongan ini.

Sedangkan semua sedia maklum surat yang dihebohkan adalah surat yang tidak tulen. Jika benar ada sokongan kepada Anwar Ibrahim sudah pasti Tan Sri Muhyiddin tidak berada di tempatnya sekarang.

Satu laporan telah dibuat terhadap Tun Faisal dan Lembaga Disiplin UMNO juga telah memanggil dia untuk sesi soal siasat. Pada malam tadi isu ini juga telah dibawa kedalam mesyuarat MKT untuk dibincangkan. Setalah berbincang MKT memutuskan hukuman gantung keahlian Tun Faisal selama 6 tahun bermula 27 Mac 2021 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi.

Di media sosial, rata rata bersetuju dengan hukuman yang dikenakan namun ada segelintir tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan atas alasan Tun Faisal tidak melanggari undang-undang/perlembagaan parti.

Merenung kembali peristiwa yang sebegini iaitu kes Dato Lokman Adam. Jika dilihat kes mereka berdua hampir serupa tetapi hukuman yang dikenakan terhadap Lokman adalah dibuang keahlian sedangkan Tun Faisal hanya digantung keahlian. Adakah ini ADIL ?

MKT telah pun membuat keputusan dan Tun Faisal perlu menerimanya dengan secara profesional seperti Lokman Adam.

Posted in Politik

UMNO TIADA MASALAH DENGAN PAS

Umno tidak bermasalah dengan Pas, tetapi dengan Bersatu. Masalah timbul antara UMNO dengan PPBM kerana faktor kejujuran. PPBM tiada kejujuran dan keikhlasan, kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Mana-mana perhubungan ataupun kerjasama perlu ada kejujuran bagi membentuk penyatuan.

“Cuma dalam proses kita bentuk kerajaan sampai hari ini, kita lihat ada sesuatu tak kena dalam perhubungan ini daripada akar umbi sehingga ke atas.

“Dalam mana-mana perhubungan perlu ada kejujuran dan keikhlasan, kalau tidak ada kejujuran dan keikhlasan tidak dapat memastikan nak adanya penyatuan atau pun pemersatuan.

“Umno dengan Bersatu berbeza dengan Pas, walaupun berpuluh tahun bersengketa, Pas tak dilihat sebagai pengkhianat. Pas itu dilihat sebagai seteru,” katanya.

Pendapat Asyraf dipersetujui oleh majoriti oleh pengkaji politik.

Umno bekerjasama dengan PPBM membentuk kerajaan PN pada Mac tahun lalu selepas kejatuhan kerajaan PH kerana untuk menjaminkan kestabilan politik dan untuk menyelamat ekonomi negara daripada kerakusan Mahathir-DAP.

Namun Umno tidak duga Muhyiddin dan Mahathir masih berkerjasama di sebalik sandiwara politik.

Bagaimanapun Umno baru-baru ini telah membuat ketetapan memutuskan kerjasama parti itu dengan PPBM pada PRU-15 nanti.

Surat mengenai keputusan Umno itu telah dihantar kepada Muhyiflddin punca timbul perasaan tidak puas, seterusnya Annuar Musa yang menjadi sekutu PM ke-8 itu melompat seolah-olah kurang siuman.

Asyraf berkata, keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM sehingga PRU-15 adalah pendirian konsisten parti itu.

Katanya, matlamat asal parti itu untuk berada dalam kerajaan PN selama setahun bagi menstabilkan keadaan negara.

Bagaimanapun katanya, pandemik Covid-19 menyebabkan dinamik politik berubah dan Umno membuat ketetapan bahawa PRU-15 perlu diadakan sebaik wabak berkenaan berjaya ditangani.

“Kita bersetuju untuk bentuk kerajaan ini dan kita namakan kerajaan ini kerajaan PN, tetapi kita tak pernah bersetuju untuk jadi komponen.

“Begitu juga kesepakatan kita dalam MN kita telah sepakat dengan Pas bahawa kerajaan ini tak boleh lama.

“Bahkan kita letak garis masa bahawa kita hanya berada dalam kerajaan maksimum setahun,” katanya lagi.

Posted in Politik

AYUH PUTERI KITA REMPUH HABIS HABISAN!

Jangan abaikan kesusahan rakyat, kerajaan hari ini dilihat tiada beza dengan kerajaan PH yang gagal. Itu antara yang saya bangkitkan dalam Ucapan Dasar pagi tadi.

Alhamdulillah, kita dapat berhimpun pagi ini, bukan perhimpunan biasa tetapi Perhimpunan Agung UMNO kali ini jadi platform mengangkat isu isu rakyat ketika Parlimen digantung dari bersidang.

Puteri juga mahu parti kaji semula keberadaan wakil rakyat kita di dalam kerajaan hari ini. Bersama hingga parlimen bubar atau tidak lagi bersama dalam seberapa segera.

Tahniah dan Terima Kasih kepada para perwakilan dari Perlis hingga ke Sabah yang berada dalam dewan harini dengan mematuhi SOP dan norma baharu.

Tahniah dan Terima Kasih adik adik perwakilan yang bersiaran secara maya di kawasan masing masing.

Sampai masa kita rentap, singsing lengan mara ke gelanggang. Biar rakyat tentukan
logo mana menjadi pilihan.

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna Puteri Berjuang,
Kalau tidak berani mati.

AYUH PUTERI KITA REMPUH HABIS HABISAN!

PUTERI !!! REMPUH !!!
PUTERI !!! REMPUH !!!

Posted in Politik

KEPIMPINAN KABUR DAN KABUS, “KUASA” KINI PADA PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2020

  1. Perhimpunan Agong UMNO 2020 pada 27/28hb Mac ini berkemungkinan besar merupakan persidangan yang terakhir dan yang terpenting sebelum PRU15.
  2. Dan kita akan berhimpun ketika kepimpinan tertinggi parti dan beberapa menteri UMNO dalam kerajaan sekarang berada di dalam keadaan yang bercanggah pendirian dan pandangan.
  3. Malah, presiden parti tidak menampakkan daya untuk bersuara atau mengambil tindakan yang tegas ke atas mereka yg tidak mengikut arahan atau keputusan Parti. Atas “kebijaksanaan” beliau sendiri, parti kini berdepan dengan ahli parlimen UMNO yang menggunakan kebebasan yang telah beliau sendiri berikan untuk berpihak dengan mana-mana parti atau kuasa yang mereka mahu, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.
  4. Ternyata, “senjata” yang telah presiden serahkan kepada mereka-mereka ni telah digunakan untuk “menikam” dirinya sendiri. Beberapa menteri UMNO secara berterus terang ingkar akan arahan parti.
  5. Majlis Kerja Tertinggi pula dianggotai oleh mereka yang tidak berpengalaman. Hanya beberapa kerat yang bersuara kuat menampakkan yang mereka lebih berpengetahuan dari yang lain. Yang berani pula telah dipecat.
  6. Dalam keadaan sekarang, kita hanya boleh mengharapkan perwakilan yang akan hadir di perhimpunan Agong hujung minggu ini sebagai faktor “penyelamat”.
  7. Merekalah yang boleh mendesak pucuk pimpinan parti mengambil tindakan, drastik atau sebaliknya, dalam menentukan hala tuju kita berdepan dengan PRU15 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
  8. Ketetapan untuk tidak bersama PPBM sebagaimana diputuskan oleh majoriti resolusi di mesyuarat bahagian2 UMNO di seluruh negara harus diangkat dan diluluskan.
  9. Tindakan tegas keatas pemimpin2 yang ingkar secara terbuka wajib di ambil tanpa was2 oleh pihak Lembaga Dispilin demi untuk menjaga “decorum” di dalam parti walaupun keputusan itu mungkin akan menyebabkan kepecatan mana mana pihak.
  10. Kita tidak mahu penyakit melawan keputusan parti ini merebak di kalangan ahli2 kita nanti.
  11. Halatuju yang selama ini kabur dan kabus di bawah kepimpinan Presiden yang sedia ada boleh ditetapkan oleh para perwakilan UMNO di perhimpunan ini.
  12. Di Perhimpunan inilah terletaknya peluang untuk membantu Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi yang agak lemah selama ini untuk mencorak langkah kita seterusnya.
  13. Perkuatkan ukhwah di kalangan kita, bermula dengan pucuk pimpinan dan Menteri2 UMNO yang wajib diarah untuk patuh kepada keputusan parti.
  14. Rumusannya: di akhir perhimpunan Ahad ini, semua pemimpin UMNO wajib sedar bahawa ketaatsetiaan mereka MESTI terletak kepada Parti UMNO dan bukannya kepada Kerajaan Malaysia sekarang.
  15. Jika tidak, kita akan terus “melukut di tepi gantang” selepas PRU 15 nanti, apabila parti yg lebih kecil dari Umno terus nemegang kuasa seperti sekarang.
  16. Tidak boleh kita nafikan ahli UMNO di peringkat bawahan tersedia bersatu, taat dan kuat. Tetapi yang perlu kita perbetulkan ialah pucuk kepimpinan atasan dalam parti kini dan yang di dalam kabinet iaitu mereka yang mementingkan diri dan kedudukan mereka sendiri dan bukan kepentingan parti kita yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.
  17. Kepada Allah Berserah.

Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
ADUN Kempas (2013-2018)
Ahli UMNO 01059553.