KERTAS PUTIH (FORENSIK) – AZMIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB APA YANG BELIAU BENTANGKAN DI PARLIMEN

PEMBENTANGAN SEMBERONO AZMIN SEMASA MASIH DALAM PAKATAN HARAPAN

Umum mengetahui selepas kemenangan Pakatan Harapan di PRU14, antara sasaran untuk mencari populariti ialah mendedahkan keburukan kerajaan sebelumnya. FELDA antara yang disasarkan kerana bilangan kerusi Parlimen dalam FELDA itu sendiri cukup banyak untuk dipengaruhi.

Bagaimanapun dengan pelbagai revolusi yang cuba diimplementasikan ke FELDA, PH sebenarnya banyak membawa kerosakan terhadap peneroka Felda. Dengan reputasi buruk hubungan antarabangsa yang menyebabkan pengimport hasil sawit menghentikan import mereka mempengaruhi harga pasaran serta pendapatan peneroka. Ini menyebabkan peneroka mengeluh kerana pendapatan dari ladang menyusut dengan ketara hingga ada yang hanya mendapat RM30 sebulan hasil ladang sawit mereka selepas ditolak kos.

Campurtangan politik PH dalam pengurusan Felda turut sama menjejaskan prestasi Felda. Pembentangan KERTAS PUTIH FELDA (Forensik) oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali terlalu banyak kepincangan dan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Apa sebenarnya yang dibentangkan Azmin? Adakah beliau sekadar membentangkannya kerana portfolio jawatannya ketika itu atau bermotifkan politik dendam? Selepas Tan Sri Shahrir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda, penggantinya tidak bertahan lama di kerusi Pengerusi. Dalam tempoh 22 bulan pentadbiran PH, Felda mendapat 2 orang Pengerusi Felda.

Andaian Pengerusi Felda hanyalah sebagai lambang atau diletakkan sebagai ‘Boneka’ kepada PH berlegar dan Azmin selaku Menteri ketika itu tidak mempunyai perancangan mantap untuk Felda dan peneroka itu sendiri. ‘Politiking’ dalam PH diterjemahkan dengan lantikan-lantikan jawatan penting oleh Pengarah Besar Felda ketika itu. Semua pihak tahu Pengarah Besar Felda yang dilantik Azmin mempunyai hubungan baik dengannya kerana berpengalaman di PKNS sebelum ini.Tidak mustahil hubungan baik ini mampu menjadi sebahagian pengaruh untuk Felda berada di bawah telunjuk Azmin.

Berbalik kepada KERTAS PUTIH FELDA (Forensik) yang diedarkan kepada ahli parlimen. Beberapa kemusykilan ditemui dan perbandingan ketara antara fakta sebenar dijumpai selepas kajian dilakukan dengan lebih teliti. Sebagai rekod KERTAS PUTIH FELDA dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 10 April 2019 (ISBN : 978-967-5842-14-6) dan dikemukakan dalam Dewan Rakyat/Negara.

Bagaimana seorang bekas Menteri Besar yang pernah menyebabkan sebuah kerajaan membayar ratusan juta ringgit diberikan kepercayaan untuk mengendalikan pembentangan KERTAS PUTIH FELDA? Jika diteliti kelayakan, Azmin bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti dan akauntibiliti untuk mengendalikan serta mengurus hal Felda kerana beliau sendiri GAGAL dalam menguruskan kewangan negeri ketika menjadi Menteri Besar. Kerajaan sekarang patut mengkaji semula pembentangan KERTAS PUTIH FELDA ini dan mendapatkan lebih banyak penjelasan serta fakta sebenar, bukannya sekadar membuat KERTAS PUTIH FELDA ini sebagai rujukan utama. 

DIA BOSSKU……

Dato Sri Najib Tun Abdul Razak

•Seburuk buruk Najib tiada penjualan harta negara dan aset-aset kepentingan orang melayu secara besar-besaran seperti skrg.

•Seburuk buruk Najib tiada pengecilan kementerian, malah Najib menambah kementerian utk menyediakan peluang pekerjaaan kepada ratusan ribu penjawat awam.

•Seburuk buruk Najib rakyat tidak menjadi mangsa pembuangan pekerja, malah Najib menyediakan peluang pekerjaan dan ruang2 perniagaan utk anak-anak melayu.

•Seburuk-buruk Najib beliau mampu buat pelbagai pembangunan dalam bandar dan luar bandar, malah Najib mampu menaik taraf ekonomi rakyat, nilai ringgit dan bursa saham turut meningkat.

•Seburuk buruk Najib beliau mampu menarik pelaburan asing masuk kedalam negara.

•Seburuk buruk Najib beliau tidak menindas rakyat. Malah Najib manjakan rakyat petani nelayan pekebun kecil peneroka dgn memberi pelbagai bantuan.

•Seburuk buruk Najib penjawat awam diberi bonus dan kenaikan gaji tahunan, serta diberi pelbagai insentif dan bantuan. Malah Najib boleh menghantar jamaah haji secara percuma kemekah setiap tahun.

•Seburuk buruk Najib, beliau bukan saja menjaga kepentingan sekolah kebangsaan, aliran Cina aliran Tamil, malah keperluan anak-anak tahfiz dan sekolah agama rakyat beliau jaga.

•Seburuk buruk Najib beliau jaga kesucian agama islam, jaga kepentingan orang melayu, jaga perlembaan, jaga kedaulatan undang2 dan institusi raja raja melayu.

•Seburuk buruk Najib beliau tidak bersubahat perkara maksiat, perbuatan songsang transgender lgbt dan seangkatan dgnnya.

Hamba Allah yang banyak berjasa ini yang dijatuhkan difitnah diaibkan dgn pelbagai penghinaan. Jika ini balasan atas pengorbanan, beliau redha dengan ketentuan.

Akhir sekali..

Jika terbukti DSN difitnah. Mudah-mudah doa doanya diangkat kelangit dan mereka yg memfitnah beliau hancur mendapat balasan dunia dan akhirat Aamiin..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=468056417087626&id=100016498142274

KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?

AZMIN ALI TIDAK TELUS BENTANG KERTAS PUTIH FELDA?

Berteraskan nilai FELDA yang mengutamakan warganya, komuniti peneroka adalah aset penting bagi kesinambungan FELDA dalam kemajuan bidang perladangan, pertanian dan kemasyarakatan demi masa depan negara.

Dengan ini, FELDA telah melaksanakan pelbagai program bagi kesejahteraan peneroka dan seluruh warganya yang merangkumi kesihatan, kepemimpinan, pembangunan belia dan institusi peneroka, pendidikan serta sukan.

Melalui pelaksanaan program-program seperti ini secara tidak langsung dapat membantu memacu pembangunan penempatan peneroka menjadi lebih progresif pada masa akan datang.

Bersesuaian dengan matlamat Felda, Felda  kini sedang berurusan secara professional dalam pengambilalihan semula tanah FGV yang telah dipindah milik secara tidak sah dan pemindahmilikan tersebut amat meragukan.

Felda sedar nilai aset yang ada  dan seharusnya Felda  mencari jalan yang terbaik demi kebaikan bersama terutama  bagi pihak peneroka.

Pada 10 April 2019, satu pembentangan Kertas Putih Felda telah dibuat didalam  Dewan Rakyat yang mana didalam laporan Forensiknya telah mengulang semula isu ini dalam laporan mereka.

Isu yang dibangkitkan didalam laporan forensik

Kes 5. Pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City ( KLVC)

1.5.3 – Pada 17 March 2017, Lembaga Pengarah FELDA telah dimaklumkan bahawa sebahagian besar tanah FELDA  di Jalan Semarak telah dipindah milik kepada Syarikat F dan syarikat bersekutunya ( Syarikat G) tanpa kelulusan FELDA melalui empat S&P yang dilaksanakan oleh Syarikat F bagi pihak FELDA berdasarkan kuasa yang diberikan melalui Surat Kuasa Wakil ( POA)

Sedangkan pada tindakan yang telah berlaku pada 15 Januari 2018 pula tidak disebut sebagai tindakan sewajarnya yang telah diambil oleh FELDA berhubung kait dengan persoalan yang dibangkitkan.

29 Januari 2018 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengadakan rundingan mengenai penambahbaikan terhadap pelaksanaan Perjanjian Pembangunan dengan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Penubuhan jawatankuasa itu dibuat susulan perjanjian persefahaman yang ditandatangani di antara Felda dan SPSB pada 15 Jan 2018 di mana pihak pemaju iaitu SPSB telah secara sukarela bersetuju mengembalikan hak milik kesemua 16 lot tanah kepada Felda tanpa kos.

SPSB, yang juga pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), turut bersetuju menyerahkan  kesemua suratan  hak milik hartanah tersebut untuk didaftarkan semula atas nama Felda.

Sesajajar dengan tindakan ini seharusnya pihak yang mengeluarkan kertas forensik mengulangi semula kes ini dalam laporan forensik Felda berkaitan isu ini seakan isu ini tiada tindakan dan masih kekal pada situasi yang sama.

Persoalannya sekarang apakah maklumat yang dipaparkan dalam laporan forensik tersebut hanya berdasarkan kejadian yang pertama berlaku tanpa merujuk tindakan rindakan selepas itu dan tiada dinyatakan sepenuhnya.

Secara ringkasnya, laporan yang dibentangkan dalam kertas forensik tersebut hendaklah dikaji semula kebenaran maklumat yang dipaparkan. Ianya bukan sahaja memaparkan maklumat yang kurang tepat malah tidak merujuk kepada tindakan selepas kejadian.

Justeru itu, adalah amat meragukan setiap butiran maklumat yang dipaparkan didalam kertas forensik yang tidak memaparkan maklumat kejadian secara meyeluruh.

Secara tidak langsung ianya mendatangkan keraguan kepada pihak peneroka dan sekali gus menjatuhkan reputasi FELDA itu sendiri.

Sumber – my-tv.online

KERTAS PUTIH FELDA – ANTARA AZMIN ALI, FELDA DAN FIC SIAPA SALAH?

LAPORAN KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) ARAHAN SIAPA?

Menurut Laporan Kertas Putih Felda (Forensik) Kes 5 : Pembangunan Projek  Kuala Lumpur Vertical City

KLVC adalah projek pembangunan bercampur dalam tempoh 10 tahun pelaksanaan. Lembaga Pengarah FIC bersetuju melantik sebuah syarikat pemaju hartanah pada 16 Januari 2014. FIC dikatakan tiada hak atas tanah dan belum dilantik FELDA sebagai Perunding Pengurusan Projek untuk FELDA. Persoalannya untuk apa FIC ditubuhkan pada 2 Julai 2013?

Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), was incorporated by Federal Land Development Authority (FELDA) on 2 July 2013.
FELDA was established on 1 July 1956 under the Land Development Ordinance of 1956 for the development of land and relocation with the objective of poverty eradication through the cultivation of oil palm and rubber. FIC, wholly owned by FELDA, was established as the investment arm of FELDA, aims to ensure sustainable and reasonable growth in order to generate returns to its shareholder. FIC’s role is to undertake business activities which are non-plantation related and at present, FIC is principally involved in the areas of property development, hospitality and other strategic investments.”

Adakah dalam Laporan Kertas Putih Felda (Forensik) cuba menafikan matlamat sebenar penubuhan FIC oleh Felda? Umum mengetahui siapakah  Menteri yang terlibat dan memegang portfolio untuk menjaga Felda ketika itu, tetapi amat menghairankan mengapa laporan ini dibuat secara tergesa-gesa?

Cubaan untuk menafikan penubuhan FIC telah menampakkan beberapa perkara yang berkaitan maklumat  tidak tepat dengan perbandingan laporan yang sebenarnya. Umum mengetahui kepincangan ini berlaku setelah Pakatan Harapan memerintah negara, ianya dapat dibuktikan bagaimana aliran tunai berubah menjadi rugi secara tiba tiba.

Jika dilihat dengan pandangan ilmiah secara kasarnya, apa yang sedang berlaku ini adalah bermatlamat untuk menjatuhkan reputasi Felda dan tujuan utama Pakatan Harapan  untuk mencari kesalahan pemerintahan kerajaan sebelum PRU14 bagi kepentingan dan survival politik mereka. 

Pada 17 Mac 2017, Lembaga Pengarah Felda dimaklumkan sebahagian besar tanah FELDA di Jalan Semarak telah dipindah milik kepada syarikat F dan syarikat bersekutu (Syarikat G) tanpa kelulusan FELDA melalui empat S&P yang dilaksanakan syarikat F bagi pihak FELDA berdasarkan kusa yang diberikan melalui Surat Kuasa Wakil (POA). Mengapa tiada tarikh POA disertakan dalam laporan ini? Mengikut rekod yang tercatit, POA telah ditandatangani pada 3 Jun 2014 dan disahkan salinan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun 2014. 

Artikel berkaitan – Kertas Putih FELDA (Forensik)

Artikel Berkaitan – Kertas Putih FELDA (Forensik) Yang Janggal

Kemusykilan ini terdapat dalam Laporan Forensik oleh syarikat yang terpilih. Logik atau tidak FELDA mengambil tempoh dari 2014 sehingga 2017 untuk mendapat tahu perkara ini? Mustahil bukan? Sedangkan didalam Felda sendiri  terdapatnya Jawatankuasa Pengurusan Risiko untuk menilai sesuatu perlaburan yang akan dibuat oleh Felda atau subsidairi dibawah pengurusan mereka.

Kemustahilan ini berlaku apabila dikatakanFelda tidak ada tenaga pakar menilai POA yang ditandatangani pada 2014 serta mengkaji kandungan POA sebelum ia ditandatangan atau ada pihak tertentu yang sengaja memperbesarkan perkara ini untuk mencipta persepsi buruk terhadap Felda? Ini sebahagian besar persoalan yang perlu dijelaskan Azmin Ali selaku Menteri (MEA) yang membentangkannya dalam parlimen.

Lagi Artikel Berkaitan – Kenyataan SPRM Berkaitan FIC dan KLVC

Apabila sesuatu isu dibentangkan dalam format Kertas Putih, ianya perlulah mengkaji dan menganalisa lebih dalam dan membentangkannya tanpa menyisihkan data data yang perlu diketahui. Berbeza dengan Kerta Putih FELDA (Forensik) ia dibentangkan umpama ‘melepas batuk di tangga’ dan hanya menyalahkan satu pihak sahaja tanpa keseimbangan fakta yang sebenar. Mengapa ini berlaku?

Pendedahan ini sudah pasti akan memeranjatkan banyak pihak selepas ini.   Terdapat banyak kelemahan ketara dalam Laporan Kertas Putih (Forensik) yang perlu diketahui umum terutama Peneroka Felda dan Generasi Felda supaya mereka lebih memahami perkara sebenar yang berlaku dan kemana sebenarnya pelaburan yang dilakukan Felda.

Sumber – my-tv.online