Posted in Khidmat Rakyat

REZEKI DIKONGSI BERSAMA

Alhamdulillah telah diumumkan Ramadhan akan bermula pada 14 April 2021. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah dan bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam.

Pada bulan ini lah ganjaran pahala yang dijanjinkan Allah buat hambanya diperlipat gandakan.

Pertubuhan Atma Ghaisani Mufeeda pada malam ini telah pun memulakan program berkongsi rezeki bersama golongan gelandangan di ibu kota.

Pertubuhan ini dipelopori oleh golongan anak muda sebenarnya. Menurut mereka aktiviti pada malam ini adalah hasil inisiatif sesama mereka bagi meringankan beban golongan gelandangan memandangkan esok adalah hari pertama Ramadhan.

Aktiviti sebegini sebenarnya bagus jika dibuat selalu. Walaupun pemberian itu nampak kecil tapi hakikatnya ianya amat bermakna kepada penerima. Sedia maklum dengan keadaan sekarang ini ramai yang terkesan.

Diharapkan Pertubuhan ini akan semakin maju kehadapan dan menjadi ‘role model’ buat pertubuhan yang lain.

Akhir kata Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua pembaca