Posted in ekonomi

SEKIN WONDERLAND PEMACU EKONOMI SEKINCHAN

Sekinchan adalah sebuah bandar kecil di pantai barat Malaysia. Sering menjadi tumpuan kepada mereka yang hendak mencari makanan laut yang segar. Pekan kecil ini berhampiran Pantai Redang dan kawasan ini juga merupakan tempat perlindungan burung berhijrah, seperti bangau.

Amin Daniel

Sekin Wonderland yang masih didalam proses pembinaan akan menjadi satu mercutanda baharu di pekan kecil ini. Sekin Wonderland ini diusahakan oleh seorang usahawan muda iaitu Saudara Amin Daniel . Beliau juga merupakan timbalan presiden Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia .

Sekin Wonderland dalam fasa pembinaan

Sekin Wonderland yang terletak di Sekin Fisherman Village Hotel & Resort , Sekinchan yang kini sedang dalam proses pembinaan. Sekin Wonderland mempunyai 2 fasa. Fasa 1 akan dibuka pada hari raya aidilfitri kedua dan fasa kedua dijangka akan dibuka pada akhir tahun.

Untuk tempahan tiket sila layari Facebook Sekin Wonderland

Harga tiket untuk keseluruhan ialah RM58 seorang dan untuk pembukaan fasa 1 ini Sekin Wonderland hanya mengenakan RM28 seorang dan yang menariknya jika hadir berlima akan diberikan harga promosi RM100 untuk 5 orang.

Menurut Amin lagi taman tema ini bukan saja memberi peluang kepada mereka yang jauh dari Kuala Lumpur untuk merasai keseronokan bermain di taman tema tetapi ianya lebih kepada memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan malah menaikkan taraf ekonomi di Sekinchan.

Peluang pekerjaan buat penduduk di Sekinchan

Kita doakan agar segala usaha ini mendapat kejayaan dan yang paling membanggakan ianya milik orang Melayu. Tahniah diucapkan buat Saudara Amin Daniel dan pasukannya.

Author:

Berani - Jujur - Tepat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s