Usul untuk tidak berkerjasama dengan PPBM pada PRU15 telah pun dipersetujui oleh perwakilan yang berada di dalam Dewan mahu pun di bahagian (secara maya).

Semasa Presiden UMNO membuat ucapan penggulungan yang dilihat ringkas, padat, tepat dan tegas , beliau telah meminta persetujuan dari seluruh perwakilan yang hadir sama ada beliau dan MKT berhak membuat keputusan untuk berhenti atau menarik semula sokongan secara en-bloc terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan permintaan tersebut mendapat sambutan apabila seluruh perwakilan berdiri sebagai tanda menyokong.
Ini bermakna Presiden & MKT akan mengeluarkan arahan pada bila-bila masa sahaja walaupun kebanyakkan pembahas memberi masa sehingga tamat darurat pada Ogos 2021.
Berkesempatan menemubual dua orang Ketua UMNO Bahagian untuk mendapatkan komen dari mereka.