Posted in Politik

KEPIMPINAN KABUR DAN KABUS, “KUASA” KINI PADA PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2020

  1. Perhimpunan Agong UMNO 2020 pada 27/28hb Mac ini berkemungkinan besar merupakan persidangan yang terakhir dan yang terpenting sebelum PRU15.
  2. Dan kita akan berhimpun ketika kepimpinan tertinggi parti dan beberapa menteri UMNO dalam kerajaan sekarang berada di dalam keadaan yang bercanggah pendirian dan pandangan.
  3. Malah, presiden parti tidak menampakkan daya untuk bersuara atau mengambil tindakan yang tegas ke atas mereka yg tidak mengikut arahan atau keputusan Parti. Atas “kebijaksanaan” beliau sendiri, parti kini berdepan dengan ahli parlimen UMNO yang menggunakan kebebasan yang telah beliau sendiri berikan untuk berpihak dengan mana-mana parti atau kuasa yang mereka mahu, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.
  4. Ternyata, “senjata” yang telah presiden serahkan kepada mereka-mereka ni telah digunakan untuk “menikam” dirinya sendiri. Beberapa menteri UMNO secara berterus terang ingkar akan arahan parti.
  5. Majlis Kerja Tertinggi pula dianggotai oleh mereka yang tidak berpengalaman. Hanya beberapa kerat yang bersuara kuat menampakkan yang mereka lebih berpengetahuan dari yang lain. Yang berani pula telah dipecat.
  6. Dalam keadaan sekarang, kita hanya boleh mengharapkan perwakilan yang akan hadir di perhimpunan Agong hujung minggu ini sebagai faktor “penyelamat”.
  7. Merekalah yang boleh mendesak pucuk pimpinan parti mengambil tindakan, drastik atau sebaliknya, dalam menentukan hala tuju kita berdepan dengan PRU15 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
  8. Ketetapan untuk tidak bersama PPBM sebagaimana diputuskan oleh majoriti resolusi di mesyuarat bahagian2 UMNO di seluruh negara harus diangkat dan diluluskan.
  9. Tindakan tegas keatas pemimpin2 yang ingkar secara terbuka wajib di ambil tanpa was2 oleh pihak Lembaga Dispilin demi untuk menjaga “decorum” di dalam parti walaupun keputusan itu mungkin akan menyebabkan kepecatan mana mana pihak.
  10. Kita tidak mahu penyakit melawan keputusan parti ini merebak di kalangan ahli2 kita nanti.
  11. Halatuju yang selama ini kabur dan kabus di bawah kepimpinan Presiden yang sedia ada boleh ditetapkan oleh para perwakilan UMNO di perhimpunan ini.
  12. Di Perhimpunan inilah terletaknya peluang untuk membantu Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi yang agak lemah selama ini untuk mencorak langkah kita seterusnya.
  13. Perkuatkan ukhwah di kalangan kita, bermula dengan pucuk pimpinan dan Menteri2 UMNO yang wajib diarah untuk patuh kepada keputusan parti.
  14. Rumusannya: di akhir perhimpunan Ahad ini, semua pemimpin UMNO wajib sedar bahawa ketaatsetiaan mereka MESTI terletak kepada Parti UMNO dan bukannya kepada Kerajaan Malaysia sekarang.
  15. Jika tidak, kita akan terus “melukut di tepi gantang” selepas PRU 15 nanti, apabila parti yg lebih kecil dari Umno terus nemegang kuasa seperti sekarang.
  16. Tidak boleh kita nafikan ahli UMNO di peringkat bawahan tersedia bersatu, taat dan kuat. Tetapi yang perlu kita perbetulkan ialah pucuk kepimpinan atasan dalam parti kini dan yang di dalam kabinet iaitu mereka yang mementingkan diri dan kedudukan mereka sendiri dan bukan kepentingan parti kita yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.
  17. Kepada Allah Berserah.

Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
ADUN Kempas (2013-2018)
Ahli UMNO 01059553.

Author:

Berani - Jujur - Tepat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s