Posted in Politik

UMNO JANGAN PILIH BULU….

Lebih kurang setahun yang lalu Dato Lokman Adam yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah dipecat malah menurut Setiausaha Agung UMNO ketika itu Tan Sri Annuar Musa memberi tahu Lokman Adam bukan sekadar dipecat dari jawatan yang dimenanginya pada pemilihan yang lalu tapi dia juga dibuang keahliannya dari UMNO.

Semua sedia maklum tindakan yang dikenakan terhadap Lokman Adam adalah disebabkan kelantangan beliau dalam mengkritik Presiden UMNO , Datuk Sri Zahid Hamidi termasuk penyebaran satu rakaman audio mesyuarat.

Baru-baru ini Lembaga Disiplin UMNO telah memanggil Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya yang juga merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Tun Faisal Ismail Aziz berikutan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Hal ini timbul apabila sejak kebelakangan ini Tun Faisal yang dilihat lantang mempertahankan PPBM dan kerap mengkritik Presiden UMNO malah dia sering kali memperlekehkan keputusan yang dibuat oleh ahli UMNO yang tidak mahu UMNO berkerjasama bersama PPBM pada PRU15 nanti.

Sentimen kononnya UMNO ingin menyokong PH telah ditimbulkan malah dia bersama Tan Sri Annuar Musa memberitahu kepada media yang mereka ada bukti surat sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Presiden UMNO , Datuk Sri Zahid Hamidi dan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar berkaitan pertukaran jawatan Setiausaha Agung UMNO.

Hari ini Tun Faisal melalui laman FBnya sendiri menyatakan akan menulis surat jawapan kepada Lembaga Disiplin UMNO dan akan mendedahkan SD yang sering disebut sebelum ini.

Lembaga Disiplin UMNO perlu membuat satu keputusan yang tidak berat sebelah. Jika Lokman Adam dipecat dan dibuang dari UMNO kerana mendedahkan rakaman audio, tindakan yang sama juga perlu dibuat terhadap Tun Faisal. Ini kerana SD yang dikatakan tersebut tidak pernah wujud dan ini disahkan sendiri oleh pihak Istana Negara sebelum ini.

Bagaimana SD ini boleh ada pada dia dan tidak di pihak Istana ? Apakah yang dia cuba lakukan ? Ini adalah satu kesalahan besar kerana dia cuba wujudkan sentimen kebencian terhadap Presiden UMNO dan Mantan Perdana Menteri.

Author:

Berani - Jujur - Tepat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s