Posted in Uncategorized

ANAK ADALAH PERMATA YANG TIADA NILAI

PERMATA – Setiap Kanak-Kanak Berharga

Beberapa minggu lalu saya telah menulis mempersoalkan, apakah Program PERMATA NEGARA sememangnya tiada nilainya lagi pada hari ini memandangkan kerajaan sekarang bukan lagi diterajui Barisan Nasional. Melihat kepada respon netizen, nampaknya Program PERMATA NEGARA ini sangat dirindui dan dihargai oleh rakyat jelata seumpama rakyat ini adalah jauhari yang masih mengenali manikamnya.

Di antara respon netizen yang terkesan memberi komen :

‘PERMATA TETAP PERMATA dan berharap agar akan bersinar kembali PERMATA. Walau dicampak ke laut oleh yang tidak tahu menilai seperti yang kita selalu dengar dan perkatakan, PERMATA tetap akan menjadi pulau untuk disinggahi.’

Ada juga yang turut berkongsi pencapaian anak-anak mereka, di antaranya dari respon netizen bernama Muhd Hamzazi yang bersyukur apabila dari anaknya menampakkan peningkatan dalam pembelajaran dari Zero to Hero kerana telah bersekolah di bawah Program PERMATA NEGARA dari tahun 2018 hingga 2019.

Netizen yang bernama Fazli Rosli Jalani turut berterima kasih kepada DS Najib dan DS Rosmah apabila anaknya telah berjaya menghabiskan pengajian dari lepasan Asasi Sains Pintar 2018/2019 dengan mengakui bahawa program ini mempunyai fasiliti yang terbaik.

Manakala seorang ibu pula berkongsi kejayaan anaknya lepasan PERMATA (KAMPUS USiM Nilai) 2017/2018, telah memperoleh 6A dalam UPSR 2018.

Itu hanyalah sebahagian ibu-bapa yang berkongsi kejayaan Program PERMATA NEGARA secara umum. Tidak dapat dinafikan kebanyakan anak-anak PERMATA NEGARA ini adalah dari kawasan luar bandar yang telah berpeluang menikmati modul pendidikan bertaraf antarabangsa. Bukanlah seperti yang didakwa sesetengah pihak dimana hanya anak-anak bandar yang berasal dari keluarga berpendapatan tinggi saja diberi keutamaan dalam Program PERMATA NEGARA.

Mengimbas kembali ketika Program PERMATA NEGARA mula-mula diilhamkan seawal 2005, Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak (National Child Development Research Centre – NCRDC) UPSI, Tanjung Malim turut ditubuhkan pada 20 September 2006. Idea ini dicetuskan oleh Kumpulan Penasihat PERMATA yang diketuai DS Rosmah apabila menyedari tidak ada satu pusat khusus yang wujud dalam memfokuskan isu-isu pembangunan awal kanak-kanak di negara ini dan DS Rosmah telah mencadangkan agar pusat tersebut perlu ditubuhkan dengan sokongan dari pihak Institusi Pengajian Tinggi.

Peranan utama NCDRC adalah menyediakan Program latihan untuk pendidik dan pengasuh PERMATA serta membantu melaksanakan projek perintis di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Diinspirasikan dari Program Sure Start & Early Years dari PenGreen Centre, Colby England yang fokus dalam menyediakan pendidikan dan penjagaan kepada kanak-kanak dari 0 – 4 tahun. PenGreen merupakan pusat kecemerlangan terkemuka di Britain untuk Pendidikan awal kanak-kanak dan merupakan pusat rujukan negara lain.

Modul Program PERMATA NEGARA yang pertama adalah Early Childhood, Education and Care (ECEC) yang berprinsipkan ‘Setiap Kanak-Kanak adalah Berharga’. Falsafah kurikulum PERMATA NEGARA menekankan fasa asuhan dan didikan awal kanak-kanak dalam bertujuan mengembangkan potensi setiap anak PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu antara pendidik, ibu bapa serta komuniti.

NCRDC juga telah mendapat sokongan dari pelbagai agensi di negara serta juga badan-badan dunia seperti WHO, UNICEF, NCB, NAEYC dan OMEP yang terlibat dalam pembangunan kanak-kanak. Pengisian program meliputi pengetahuan masalah keibubapaan, kesihatan, kesejahteraan dan pendidikan awal kanak-kanak serta menyentuh cabaran yang dihadapi setiap anak-anak Malaysia.

Memandangkan Program PERMATA NEGARA telah diletakkan di Jabatan Perdana Menteri, maka ada pihak yang tidak berpuas hati. Ini adalah kerana mereka tidak mengetahui bahawa Program ECEC merangkumi pendidikan awal kanak-kanak di bawah empat tahun dan secara tidak langsung bukan berada di dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Sukatan pelajaran pendidikan pra-sekolah kebangsaan hanya disediakan untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sahaja.

PERMATA NEGARA ternyata telah memberikan akses pendidikan yang bertaraf antarabangsa kepada kanak-kanak bawah 4 tahun yang berada di kawasan luar bandar dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berbeza situasinya berbanding anak-anak bandar yang mudah mendapat akses pendidikan sebegini melalui tadika-tadika swasta.

Setelah Pakatan Harapan mengambil kepimpinan negara dari Barisan Nasional, PERMATA NEGARA telah digantikan dengan nama Genius Negara. Yang pasti, Kerajaan PH hanya mampu mencedok kesemua idea PERMATA NEGARA. Objektif serta falsafah asal PERMATA NEGARA telah jauh disimpangkan serta disempitkan apabila ditumpukan hanya kepada pelajar-pelajar intelek sahaja manakala kanak-kanak yang berbakat ditinggalkan. Akhirnya, apakah yang akan berlaku kepada anak-anak Malaysia hari ini?

Kini kita dibawah Kerajaan Perikatan Nasional, adakah anak-anak Malaysia kini masih berharga untuk negara?..

C/P – FB Zachary Zidane

Author:

Berani - Jujur - Tepat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s