PERMATA YANG TIADA NILAI LAGI?

Sekali air bah sekali pantai berubah dan begitulah terjadinya kepada negara kita apabila lain ketuanya, lain pula kemahuannya. Selepas PRU14, kerajaan telah bertukar dari pemerintahan Barisan Nasional ke Pakatan Harapan. Kita juga telah menyaksikan beberapa perubahan ketara oleh kerajaan PH dan apa pun alasan yang diberikan, keutamaannya bermotifkan politik dendam.

Salah satu target utama PH adalah program Permata Negara yang sentiasa disensasikan mereka untuk dijadikan bahan hasutan politik. Lebih-lebih lagi penaung Permata Negara adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Enggan melihat kejayaan program Permata ini sehingga mendapat pengiktirafan dunia dan enggan melihat kepentingannya untuk pendidikan anak-anak negara seawal bayi dan kanak-kanak dari pinggir bandar dan luar bandar serta berlatarbelakang pendapatan keluarga yang rendah, program Permata Negara ini dilihat hanya kerana ia satu legasi musuh politik PH.

Malangnya, kerajaan PH tidak mampu mencari walaupun satu kepincangan pun program Permata Negara ini, maka ia terpaksa diteruskan. Masakan program yang telah diwujudkan dengan kajian dan perancangan rapi bersama-sama barisan pakar kanak-kanak, pendidik, akademik serta pegawai-pegawai kerajaan dikatakan PH sebagai kepentingan peribadi penaungnya. Malahan projek perintis yang dinamakan sebagai “Pusat Anak Permata Negara” telah pun dimulakan seawal 2005 di lima daerah iaitu di Chini, Putrajaya, Subang Jaya, Mempaga and Kepala Batas.

Jelas program Permata Negara telah digerakkan lebih awal dan bukanlah seperti yang didakwa pihak PH yang program ini wujud hanya ketika DS Najib adalah Perdana Menteri.

Rupa-rupanya di bawah kerajaan PH, Program Permata Negara ini telah menjadi rebutan di antara Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Dr wan Azizah. Setelah didesak oleh pihak-pihak profesional dan akademik, pada awalnya Dr Maszlee hanya mampu menukar kepada nama baharu, Genius, tanpa ada sebarang penambahbaikan. Selepas sebulan Dr Wan Azizah pula memperakui untuk meneruskannya dan mendapati ia lebih relevan di bawah kementeriannya.

Betapa bercelaru kepimpinan tinggi PH ini malahan menjadi sindiran rakyat mempersoal samada mereka tidak tahu wujudkan kumpulan WhatsApp untuk berbincang terlebih dahulu sesama sendiri sebelum membuat pengumuman. Nampaknya program untuk masadepan anak-anak negara ini sekadar menjadi rebutan politik pula dan hakikatnya PH tidak mampu menafikan kebaikan program Permata Negara di mana penggerak utamanya adalah Datin Seri Rosmah Mansor, mesti diteruskan.
Yang mampu dipertikaikan kerajaan PH hanyalah ditumpukan kepada persoalan mengapa program Permata Negara ini diletakkan di bawah PMO (Pejabat Perdana Menteri) dan mengapa mendapat pertambahan dana kerajaan.

Permata Negara yang ingin dilahirkan bukan hanya sebuah program pendidikan awal kanak-kanak sahaja tetapi merangkumi PERMATA Kurnia (anak-anak autisme), PERMATA Pintar (anak-anak kecerdasan luar biasa), PERMATA Insan (anak-anak pintar agama dan sains), PERMATA Seni (anak-anak bakat seni tinggi), Hospital Kanak-Kanak PERMATA dan Perkasa Remaja (program pemerkasaan remaja berisiko tinggi). Apakah tanpa penglibatan kerajaan, maka program Permata yang telah dirancang sebegitu rapi akan dapat diperluas dan direalisasikan?

Kini kerajaan sekali lagi bertukar, kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui dari serpihan pemimpin PH. Kerajaan PN yang sentiasa melaungkan slogan prihatin rakyat nampaknya tidak langsung memberi peruntukan bajet untuk program Permata Negara.

Apakah program Permata Negara ini tidak mampu memberi manfaat kepada pembangunan negara dan generasi pintar yang ingin diwujudkan bakal dipinggirkan sehingga tiada nilainya lagi, hanya kerana dendam politik masih diteruskan? Mengapa program Permata Negara perlu diberi perhatian serius kerajaan PN akan diperincikan di dalam artikel seterusnya untuk rakyat terutama ibubapa lebih memahami betapa ruginya jika program ini dipandang remeh oleh kerajaan PN.

Ketepikan dendam politik malahan kerajaan PN perlu menepati slogannya, apakah benar-benar prihatin rakyat?

Author:

Yang Baik Kita Sokong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s