KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – PAC WAJAR KAJI SEMULA KESELURUHAN LAPORAN

AZMIN ALI PERLU JELASKAN HASIL LAPORAN KERTAS PUTIH (FORENSIK) FELDA

Ketika pembentangan KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) dilakukan Azmin Ali selaku Menteri bertanggungjawab dalam Pakatan Harapan, beliau terlepas pandang banyak perkara. Kelemahan laporan turut menjadi persoalan yang masih kabur sehingga hari ini.

Paling ketara dalam KERTAS PUTIH (FORENSIK)

  • Kes 5 : Pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City

Dalam laporan yang disediakan sebuah syarikat dilantik, menggariskan penemuan kepincangan menjurus kepada kegagalan FIC memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Felda berkaitan beberapa perkara proses awal KLVC. Menurut laporan Lembaga Pengarah FIC bersetuju melantik sebuah syarikat pemaju hartanah (Syarikat F) sebagai pemaju utama projek walaupun FIC tidak ada hak ataa tanah tersebut dan belum dilantik FELDA sebagai perunding pengurusan projek.

  • Matlamat penubuhan FIC oleh FELDA serta peranan FIC tidak dijelaskan dalam laporan
  • Laporan syarikat yang menyediakan kertas forensik tidak menjelaskan perjanjian sewa yang dimuktamadkan berdasarkan harga semasa dan permintaan semasa, malah menambah tiada “exit clause” berkaitan perjanjian sewa sedangkan dalam POA jelas perkara tersebut ditulis
  • Laporan tidak menjelaskan proses sebenar rundingan antara FIC dan (syarikat F)
  • Laporan tidak mengambilkira kenyataan SPRM mengenai siasatan yang telah dijalankan

Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, laporan KERTAS PUTIH (FORENSIK) seperti mempunyai unsur campurtangan daripada pihak tertentu yang mempunyai tujuan berkepentingan. Dalam hal ini, Dato Musthapa Mohamad selaku Menteri bertanggungjawab dalam kabinet kerajaan perlu tampil dalam sidang Parlimen bagi menjelaskan kekeliruan yang terdapat dalam laporan yang dibentangkan pada 10 April 2019.

Pengerusi Felda (sekarang) yang juga merupakan Ahli Parlimen Besut turut perlu menjelaskan persoalan-persoalan yang timbul dalam Laporan Kertas Putih (ISBN : 978- 967-5842-14-6) dan sekiranya perlu beliau juga boleh meminta kerajaan mengarahkan JawatanKuasa Kira-Kira Negara (PAC) membuat penilaian semula Kertas Putih Felda. Secara tidak langsung Peneroka Felda dan rakyat akan mendapat laporan yang lebih telus dan bertanggungjawab daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Pengerusi Felda, Idris Jusoh

Beranikah Menteri dan Barisan Kabinet mengarahkan supaya PAC menyiasat dan mengkaji semula laporan tersebut memandangkan kini Azmin Ali merupakan Menteri Kanan dalam kerajaan? Sekiranya terdapat unsur meragukan dalam laporan, peneroka Felda, Generasi Kedua Felda serta rakyat PERLU TAHU kepincangan sebenar Felda serta jalan penyelesaian untuk membolehkan FELDA kembali ke matlamat asal penubuhannya sejak ditubuhkan.

Author:

Yang Baik Kita Sokong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s